

Pernah tak korang rasa bila hujung bulan je baki akaun dalam bank mesti tinggal kosong. Lepastu mengharap gaji masuk cepat.
Kalau gaji masuk lambat, terpaksalah pinjam kawan-kawan.
Jika korang nampak sekarang, restoran mamak memang berada di mana sahaja. Tempat ini menjadi tumpuan kerana beroperasi 24 jam, konsep yang santai, sesuai untuk melepak dan makanan yang banyak pilihan.
Habit melepak di mamak menyebabkan kita terpaksa menempah makanan atau minimum yang banyak lebih-lebih lagi jika kita lepak untuk tempoh yang agak panjang.
Kebiasaanya anak muda sanggup melepak sehingga waktu pagi!
Apa yang korang buat kat mamak lama2? Tengok bola, sembang business dan jumpa kawan.
Mempunyai gadget seperti smartphone dan tab sudah menjadi trend masa kini. Syarikat pengeluar pula sentiasa update dengan teknologi yang baru dan terkini.
Ada pembeli yang sanggup beratur panjang untuk mendapatkan gadget terbaru!
Eh, sekarang lebih mudah sebab boleh beli smartphone guna pakej bayaran instalment.
Ini lagi satu trend yang pelik.
Ramai orang sanggup bayar mahal sehingga RM10 untuk air kopi berjenama.
Lebih teruk bila terpaksa menggunakan kad kredit semata-mata untuk membeli air kopi!
4. Gym
Memiliki bentuk badan yang sihat atau “sado” memang menjadi impian setiap lelaki.
Tetapi, dengan kos yang mencecah RM200 sebulan, ia adalah satu perbelanjaan yang besar.
Kalau setakat datang gym nak selfie, workout di rumah pun boleh jadi sado!
5. Kereta
Tetapi ramai yang tidak sedar kos sampingan yang perlu dikeluarkan setiap bulan seperti minyak, tol, maintenance, repair, road tax, insuran dan lain-lain lagi.
Bila harga minyak dan tol naik, maka perbelanjaan tersebut akan menyebabkan duit keluar laju dari poket kita.