HARTANAH

Sebulan RM270. Anda mampu miliki rumah Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia

Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) memberi subsidi bernilai RM2.46 juta bagi membina 77 buah Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia untuk penduduk Kuala Kangsar.

Subsidi yang diberikan bagi setiap rumah adalah bernilai RM20,000 dan diuruskan oleh anak syarikatnya, SPNB Mesra Sdn Bhd.

Menurut pengerusi SPNB, Datuk Dr Abd Latiff Ahmad, seramai 77 orang bakal menerima RMR1M dengan syarat ianya mestilah dibina di atas tanah sendiri.
Lebih menarik lagi rumah tersebut dijangka siap hanya dalam tempoh 90 hari.
Sumber : hmetro
Berdasarkan kepada kenyataan akhbar di atas, kami menganggap ianya hanyalah satu gula-gula pilihanraya sahaja.
Projek tersebut sepatutnya dibuka di seluruh negara, bukan sahaja untuk penduduk Kuala Kangsar.
Walaubagaimanapun, penduduk Kuala Kangsar yang mempunyai tanah sendiri, anda digalakkan untuk memohon RMR1M ini kerana anda bakal menerima subsidi bernilai RM20,000.
Sebelum beli rumah, anda digalak untuk belajar mengurus kewangan dengan baik.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Back to top button