
Secara umumnya, semua orang pernah berangan atau bercita-cita untuk menjadi seorang jutawan pada suatu hari nanti. Namun, ramai diantara kita yang merasakan bahawa menjadi jutawan itu adalah perkara yang mustahil atau sukar untuk dicapai. Akhirnya, matlamat ini dilupakan.
Sekiranya anda membaca kisah-kisah jutawan yang berjaya seperti Robert Kiyosaki, Warren Buffet dan sebagainya, mereka semua mempunyai persamaan iaitu “have the right mentality to become rich”. Oleh itu, dibawah ini ada empat (4) tanda atau ciri-ciri yang menunjukkan anda bakal menjadi seorang jutawan.
1. Anda memiliki “Sense of Urgency/ Speed of implementation”
Seorang jutawan tidak menangguh atau menunggu masa yang sesuai untuk melabur atau melancarkan perniagaan mereka. ‘There’s no perfect time”. Inilah kata yang dipegang oleh mereka supaya tidak menunggu masa yang terbaik untuk ambil tindakan.
“Often the greatest expense of investing isn’t money… but TIME” – Robert Kiyosaki.
2. Anda mampu hidup di bawah kemampuan
Ini merupakan salah satu lagi ciri seorang jutawan, iaitu mereka mampu hidup di bawah zon kemampuan mereka. Hal ini kerana, seorang jutawan biasanya tidak akan menunjuk-nunjuk dengan kekayaan yang mereka miliki sekarang. Sebagai contoh kita boleh lihat ciri ini pada jutawan seperti Mark Zuckerberg, Steve Jobs dan Jack Ma.
3. Anda menghargai masa
Sekiranya anda sentiasa menghargai masa yang anda miliki dalam mencapai matlamat anda, tidak membuang masa dan mengambil serius tentang kepentingan masa, maka itu menunjukkan yang anda boleh menjadi seorang yang berjaya pada suatu hari nanti.

Tanda yang terakhir ialah, sekiranya berlaku situasi yang genting, anda mampu mengawal dan mengambil tindakan yang betul terhadap situasi tersebut. Seorang jutawan mampu menghadapi situasi ini dengan baik.