Zakat pendapatan yang perlu kita keluarkan adalah termasuk gaji, bonus, upah, hasil sewaan, dividen, elaun, pampasan, hibah dan lain-lain bentuk pendapatan semasa hidup, bersara atau mati.
Terdapat 2 cara bagaimana untuk kira zakat pendapatan.
1. Pendapatan Kasar Setahun x 2.5% (jika melebihi nisab)
Cara ini lebih mudah dan senang untuk kira.
Contoh:
Gaji tahunan : RM36,000
RM36,000 x 2.5% = RM900
Baca : Kerana sedekah, rezeki semakin bertambah
2. Pendapatan Yang Layak di Zakat x 2.5% (setelah menolak perbelanjaan-perbelanjaan asas yang dibenarkan)
Melalui cara ini, anda boleh menolak keluar beberapa perbelanjaan asas yang dibenarkan seperti anak, isteri, KWSP dan lain lain lagi.
Baca : Alasan yang sering diberikan untuk tidak ambil takaful
1. Diri RM9,000
2. Isteri RM3,000
3. Anak 4 orang x RM1,000 = RM4,000
4. Pemberian kepada ibu bapa (contoh: RM100 x 12) = RM1,200
5. KWSP (contoh: 11%) RM3,960
6. Caruman ke organisasi / koperasi / institut kewangan yang membayar zakat bagi pihak pencarum dan pendeposit (contoh: Lembaga Tabung Haji) RM900
C. PENDAPATAN YANG LAYAK DIZAKAT (A – B)