Bonus sebanyak RM500 akan diberikan kepada semua penjawat awam mulai awal Januari 2017. Pada masa yang sama, pesara kerajaan juga akan menerima bayaran khas sebanyak RM250 setiap seorang.
2. Sokongan kepada wanita berkerjaya
Sokongan yang diberikan kepada wanita berkerjaya ini adalah dalam bentuk pelepasan cukai iaitu:
3. Diskaun PTPTN
Kerajaan kini mewujudkan lagi insentif kepada peminjam PTPTN yang mempunyai masalah untuk membuat bayaran balik dengan bantuan seperti berikut (22 Oktober 2016 sehingga Disember 2017):
– Diskaun 10% untuk bayaran sekurang-kurangnya 50% daripada baki hutang dalam sekali bayaran;
– Diskaun 10% untuk bayaran balik melalui potongan gaji atau direct debit mengikut jadual bayaran balik yang ditetapkan.
Baca : 7 punca utama pinjaman perumahan anda bakal ditolak oleh pihak bank
Biasiswa kepada beberapa badan kerajaan dalam membantu rakyat Malaysia dengan peruntukan sebanyak RM4.3 bilion pada tahun 2017 termasuk:
• 1.6 bilion ringgit menerusi JPA;
• 2 bilion ringgit menerusi MARA;
• 250 juta ringgit menerusi Kementerian Pendidikan Tinggi;
• 208 juta ringgit menerusi Kementerian Kesihatan;
• 194 juta ringgit menerusi Kementerian Pendidikan;
• 28 juta ringgit menerusi Kementerian Sumber Manusia; dan
• 21 juta ringgit menerusi Kementerian Belia dan Sukan.
5. Peningkatan kelajuan internet
Mulai tahun 2017, kelajuan internet akan dipertingkatkan dengan kadar bayaran yang sama. Contohnya, pelanggan yang mengambil pakej 5 megabit sesaat pada harga RM149 akan mendapat kelajuan sehingga 10 megabit sesaat
Sementara itu, perkhidmatan jalur lebar di universiti awam pula akan dipertingkatkan kepada maksimum 100 gigabit sesaat. Pada masa yang sama,
Pelepasan cukai baru yang diumumkan adalah berkenaan pelepasan cukai ‘gaya hidup’.
8. BR1M
Golongan yang berpendapatan bulanan RM3,000 ke bawah akan menerima bantuan BR1M sebanyak RM1,200 pada tahun 2017.
Individu yang masih bujang dan berpendapatan bulanan RM2,000 ke bawah akan menerima BR1M sebanyak RM450.
9. Geran untuk pemandu teksi
Kerajaan akan memberikan geran sebanyak RM5,000 kepada pemandu teksi jika mahu membeli kenderaan baru dan juga menawarkan permit teksi individu.
Berikut adalah beberapa inisiatif dalam membantu usawahan bumiputera di Malaysia.
– RM100 juta kepada SME Bank bagi meningkatkan peluang usahawan Bumiputera
– RM100 juta kepada Amanah Ikhtiar Malaysia bagi pelbagai program keusahawanan mereka
– RM300 juta kepada TEKUN bagi membantu usahawan kecil memajukan perniagaan, termasuk skim baru TEMANITA, khusus untuk usahawan mikro wanita
– RM200 juta kepada Perbadanan Usahawan Nasional Berhad bagi melaksanakan Program Pembiayaan Keusahawanan & Perintis Perniagaan
– RM120 juta kepada MARA bagi pelbagai program keusahawanan antaranya perusahaan industri halal dan pembangunan usahawan belia.