
Ramai yang ambil mudah apabila mencari rumah sewa untuk diri sendiri. Sikap ambil mudah tersebut akhirnya memakan diri sendiri dan ada juga yang ‘ditipu’ oleh tuan rumah.
Jadi, kami ingin sarankan anda supaya menjadi lebih peka dan berhati-hati apabila ingin memilih rumah sewa. Berikut adalah beberapa perkara yang anda perlu tahu dahulu sebelum setuju untuk menyewa.
Booking dengan duit
Jika anda bersetuju untuk menyewa rumah tersebut, pastikan anda booking rumah tersebut dengan deposit sebagai tanda setuju. Tuan rumah biasanya tidak akan layan individu yang mahu booking rumah tanpa berikan sebarang deposit.
Apabila anda ingin menyerahkan deposit tersebut, pastikan terdapat hitam putih atau resit sebagai bukti penyerahan wang kepada tuan rumah.
Deposit
Penyediaan deposit bergantung kepada budi bicara tuan rumah. Kebiasaanya, deposit yang diperlukan adalah dua (2) bulan sewa dan juga deposit air dan elektrik.
Deposit rumah hanya akan dipulangkan selepas anda menyerahkan kunci rumah dan tinggalkan rumah tersebut dalam keadaan baik. Jika terdapat kerosakan yang berpunca dari penyewa, deposit tersebut akan digunakan sebagai ganti rugi.
Manakala deposit air dan elektrik pula hanya akan dipulangkan selepas terima bil yang terakhir. Deposit ini bagi memastikan penyewa membayar semua bil air dan elektrik terdahulu dan tiada tunggakan.
Jika anda keluar dari rumah tanpa sebarang notis, deposit rumah anda mungkin akan hangus.
Kewangan peribadi
Walaupun bayaran sewa rumah tidak akan masuk ke dalam laporan CCRIS, anda masih perlu semak dahulu kewangan anda sebelum pilih rumah sewa. Pastikan anda mampu untuk menyewa rumah tersebut.
Ramai penyewa yang bayar sewa rumah lambat kerana tidak mempunyai wang yang cukup serta gaji masuk lewat. Namun, itu bukanlah alasan untuk anda sering bayar lewat kerana masalah kewangan sendiri.
- Tarikh akhir bayar sewa rumah
- Kesan apabila bayar lewat
- Tempoh notis jika mahu keluar dari rumah
- Pembayar cukai, penyelenggaraan dan bil
- Tiada gangguan dari tuan rumah
- Perkara yang tidak boleh dilakukan oleh penyewa