HARTANAHINFO KEWANGANPENDIDIKAN

“Sewa, jangan beli rumah, kata menteri” Ini yang akan terjadi jika anda ikut saranan menteri

Baru-baru ini Menteri Kewangan II, Datuk Seri Johari Abdul Ghani memberitahu kepada rakyat Malaysia supaya menyewa rumah terlebih dahulu untuk tempoh yang lebih lama sebelum beli rumah sendiri.


Sebelum beli rumah, perkara pertama yang anda perlu ada adalah pengurusan kewangan yang baik. Ini kerana komitmen terhadap ansuran bulanan adalah sangat tinggi. Jika ansuran bulanan rumah membebankan, ditakuti rumah tersebut bakal dilelong.
Berikut adalah beberapa kelebihan dan kekurangan jika anda menyewa rumah untuk tempoh yang lebih lama.

Kelebihan menyewa untuk tempoh masa lebih lama

Mudah pindah randah

Apabila anda menyewa, anda mempunyai pilihan untuk berpindah ke satu tempat lain dan memilih rumah yang anda suka. Selain itu, bagi golongan muda pula mudah bagi anda jika sering bertukar tempat kerja.
Lebih murah
Terdapat rumah yang jauh lebih murah apabila disewa berbanding bayar ansuran kepada pihak bank terutama rumah teres. Ini menunjukkan bahawa menyewa lebih jimat berbanding membeli rumah.
Tidak perlu risau maintenance

Biasanya tuan rumah perlu bayar kos-kos tambahan seperti maintenance setiap bulan. Bagi penyewa pula, mereka tidak perlu menanggung kos tersebut. Selain maintenance, terdapat juga keadaan tuan rumah menanggung kos lain seperti cukai pintu, bil Indah Water dan lain-lain lagi.
Kekurangan menyewa untuk tempoh masa lebih lama
Harga rumah semakin mahal
Jika anda merancang untuk beli rumah lagi 10 tahun, perkara penting adalah perlu tahu adalah harga rumah akan terus meningkat. Ini menyebabkan ‘kebolehan’ anda untuk membeli rumah semakin sukar.
Pinjaman semakin sukar
Kebanyakan bank hanya menawarkan tempoh pinjaman perumahan antara 30 hingga 35 tahun sahaja. Semakin lewat anda beli rumah, semakin singakat tempoh pinjaman yang akan diberikan oleh pihak bank.
Jika tempoh pinjaman anda semakin singkat, bayaran ansuran pula adalah sangat tinggi. Sebab itu golongan muda digalakkan untuk beli rumah kerana bayaran ansurannya lebih rendah kerana faktor tempoh pinjaman yang lebih panjang.
Tiada aset untuk waris
Apabila anda menyewa untuk tempoh yang lama, anda sebenarnya telah membantu orang lain menambah aset mereka. Jika anda beli rumah sendiri, anda bukan sahaja dapat tempat tinggal, tetapi juga menambah aset yang sangat bernilai kepada diri sendiri dan keluarga.
Aset tersebut boleh diberikan kepada anak-anak anda pada masa hadapan.


Admin NK

Seorang penulis kewangan dan pelaburan santai untuk bacaan umum. Peminat setia pelaburan saham dan hartanah.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Back to top button