SIMPANAN

Hanya 6% rakyat Malaysia mempunyai simpanan enam bulan. Lagi 94%?

Image result for no saving
Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Othman Aziz memberitahu bahawa hanya enam (6) peratus sahaja rakyat Malaysia yang mempunyai simpanan untuk menampung perbelanjaan selama enam bulan.

Enam peratus pula adalah dari golongan yang kaya manakala selebihnya pula dari golongan sederhana dan rendah.


Puncanya?

  • Tidak memiliki ilmu pengurusan kewangan yang betul
  • Gagal membezakan antara keperluan dan kehendak
  • Bersikap boros dan berlebihan ketika berbelanja
  • Pinjaman dan hutang yang banyak
Kesan apabila tiada simpanan
  • Hutang semakin meningkat
  • Taraf hidup semakin rendah
  • Gagal untuk mengatasi masalah kenaikan kos sara hidup
  • Kehidupan generasi akan datang semakin sukar


Bagaimana untuk tingkatkan simpanan?
  • Mulakan dengan simpanan yang rendah 
  • Mempunyai matlamat kewangan yang jelas
  • Kurangkan perbelanjaan kehendak
  • Tambah pendapatan
Masih ramai yang tidak mempunyai simpanan pada hari ini dan kesannya dapat dilihat apabila usia semakin meningkat. Ketika tanggungjawab dan komitmen semakin tinggi, simpanan semakin sukar untuk dilakukan.
Oleh sebab itu, golongan muda adalah lebih sesuai dan waktu terbaik untuk melakukan simpanan yang banyak.

Admin NK

Seorang penulis kewangan dan pelaburan santai untuk bacaan umum. Peminat setia pelaburan saham dan hartanah.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Back to top button