CUKAISIMPANAN

3 Produk Kewangan Yang Mendapat Pelepasan Cukai Dari LHDN & Sesuai Untuk Pelaburan

Image result for reduce tax
Salah satu cara nak kurangkan cukai adalah dengan meningkatkan jumlah pelepasan yang diberikan.
Dalam cukai individu, terdapat beberapa produk kewangan yang mendapat pelepasan jika anda ambil pada tahun yang sama. Produk tersebut bukan sahaja mendapat pelepasan cukai tetapi juga sesuai untuk anda gunakan sebagai pelaburan dan persaraan.
Kami kongsikan lebih terperinci tentang tiga (3) produk kewangan yang dimaksudkan.

#1 Simpanan Bersih SSPN

 
Simpanan bersih SSPN bermaksud jumlah yang masuk ke dalam akaun tolak dengan jumlah yang keluar dari akaun.
Jumlah maksimum yang boleh dapat pelepasan adalah sebanyak RM6,000 setahun.
Hanya ibu bapa yang membuka akaun SSPN untuk anak sahaja layak mendapat pelepasan tersebut.
Dengan kadar keuntungan yang kompetitif, produk ini boleh bantu menyelesaikan masalah cukai berlebihan.


#2 Takaful
 
Terdapat 2 jenis pelan Takaful yang dibenarkan iaitu takaful hayat, kad perubatan dan pelan pendidikan.
Untuk takaful hayat, jumlah maksimum anda boleh dapat pelepasan adalah sebanyak RM6,000 setahun termasuk dengan jumlah KWSP anda.
Jika KWSP anda adalah RM4,000, anda boleh dapat pelepasan takaful hayat sebanyak RM2,000 sahaja.
 
Bagi kad perubatan dan pelan pendidikan pula, jumlah maksimum yang anda boleh dapat pelepasan adalah RM3,000 setahun.
Jika anda memilih pelan takaful yang betul, terdapat cash value yang boleh dikeluarkan untuk kegunaan masa akan datang.

#3 PRS
 
Akhir sekali adalah Private Retirement Scheme (PRS) atau Skim Persaraan Swasta. Skim ini diperkenalkan bagi membantu individu yang bekerja sendiri tanpa akaun KWSP untuk membina akaun persaraan sendiri.
Bagi menggalakkan orang ramai membuka akaun PRS, LHDN juga telah memberi pelepasan cukai sebanyak RM3,000 setahun sehingga tahu 2021.
Selain itu, untuk individu yang berumur bawah 30 tahun, anda juga boleh mendapat insentif sebanyak RM1,000 jika melabur dengan RM1,000 pada tahun yang sama.
 
 
Show More

One Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Back to top button
Close