INFO KEWANGANTAKAFUL

Anda Rasa Tertipu Sebab Syarikat Insuran Tak Bayar Claim? PIDM Boleh Bantu Anda

Pernah dengar orang viralkan kes syarikat insuran ‘menipu’ dengan tidak membayar tuntutan sakit dari pelanggan?

Apa yang terjadi selepas itu? Adakah syarikat takaful atau insuran akan bayar atau tidak?

Tahukah anda bahawa syarikat insuran di Malaysia adalah antara institusi yang dilindungi bawah Perbadanan Insuran Deposit Malaysia (PIDM).

Bukan setakat bank sahaja, malah syarikat insuran pun dilindungi oleh PIDM.

Tapi, sebelum tu korang kena tahu syarikat takaful apa yang ada di bawah PIDM:

  • AIA Public Takaful Bhd.
  • AmMet Life Takaful Berhad
  • Etiqa Family Takaful Berhad
  • Etiqa General Takaful Berhad
  • Great Eastern Takaful Berhad
  • Hong Leong MSIG Takaful Berhad
  • HSBC Amanah Takaful (Malaysia) Berhad
  • Prudential BSN Takaful Berhad
  • Sun Life Malaysia Takaful Berhad
  • Syarikat Takaful Malaysia Berhad
  • Takaful Ikhlas Berhad
  • Zurich Takaful Malaysia Berhad
Untuk senarai syarikat insuran pula, boleh lihat disini INSURAN.

Pastikan syarikat insuran atau takaful yang anda ambil adalah dilindungi dibawah PIDM. Sebaiknya elakkan dari ambil apa-apa pelan dari syarikat yang tidak dilindungi.


Apa Yang PIDM Boleh Tolong?

Pertama sekali, PIDM ada memperkenalkan satu Sistem Perlindungan Manfaat Takaful Dan Insuran yang ditubuhkan oleh kerajaan untuk membantu individu yang tidak dapat manfaat takaful yang sepatutnya.
Semua pemilik takaful yang disenaraikan akan mendapat manfaat dari sistem ini.
Berikut adalah had yang PIDM boleh tolong untuk anda.

Manfaat Dilindungi

Had Maksimum (Individu atau Polisi/Pelan Kumpulan)

Kematian dan manfaat berkaitan   RM500,000
Hilang upaya kekal   RM500,000
Penyakit kritikal   RM500,000
Nilai matang (tidak termasuk bahagian unit polisi berkaitan pelaburan)   RM500,000
Nilai serahan   RM500,000
Dividen tunai terkumpul   RM100,000
Pendapatan hilang upaya   RM10,000 sebulan
Pendapatan anuiti   RM10,000 sebulan
Perbelanjaan perubatan   100% perbelanjaan ditanggung
Premium prabayar boleh bayar balik   100% amaun prabayar

Untuk dapatkan maklumat lanjut atau membuat sebarang laporan, boleh hubungi PIDM 1-800-88-1266, setiap hari Isnin hingga Jumaat dari jam 8.30 pagi hingga 5.30 petang.
Anda juga boleh menghantar email ke info@pidm.gov.my.
Kalau korang ada masalah sebab syarikat takaful atau insuran tak bayar manfaat yang sepatutnya, boleh la buat laporan dengan PIDM. 
Pastikan korang betul-betul yakin yang semua tuntutan dibuat adalah layak dan sepatutnya dibayar oleh syarikat insuran.
Info lanjut di website PIDM.

Admin NK

Seorang penulis kewangan dan pelaburan santai untuk bacaan umum. Peminat setia pelaburan saham dan hartanah.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Back to top button