MOTIVASIPENDIDIKAN

Empat Sikap Emak Dan Ayah Ini Punca Anak Masih Tidak Ada Ciri ‘Financial Survival’

Image result for spoiled child

Ibu bapa merupakan individu yang paling rapat dengan anak-anak dan juga individu yang bertanggungjawab mencorak sikap anak-anak.

Jika mendapat didikan yang betul, anak-anak akan menjadi insan yang baik. Begitu juga sebaliknya.

Kami nak kongsikan empat (4) sifat ibu bapa yang menjadi punca anak-anak zaman sekarang tidak mempunyai ciri-ciri financial survival.

Image result for spoiled child

#1 Semuanya Disediakan

Perkara pertama yang membuat anak-anak zaman sekarang ‘spoil’ atau tidak mempunyai financial survival adalah sikap ibu bapa yang menyediakan semua kemudahan kepada anak-anak dengan mudah.

Maksudnya, setiap kemahuan anak-anak ditunaikan tanpa membuat sebarang penilaian.

Anak-anak akan lebih suka untuk meminta daripada mencari sendiri. Kesannya, ramai yang tidak pandai mengurus duit dengan betul walaupun sudah bekerja dan mempunyai pendapatan yang stabil.

#2 Pilih Jalan Yang Betul Sahaja

Sikap ibu bapa yang mahu anak-anak sentiasa mendapat kejayaan juga akan memakan diri sendiri. Anak-anak juga perlu belajar dan tidak takut untuk membuat kesilapan.

Belajar dari kesilapan juga akan memberi keyakinan yang tinggi kepada anak-anak terutama dalam pengurusan kewangan.

Kadang-kadang anak-anak perlu membazir wang yang ada untuk tahu betapa pentingnya wang ketika dalam keadaan yang memerlukan.

#3 Tiada imaginasi masa hadapan

Zaman sekarang masih ramai yang tidak tahu kenapa mereka perlu bekerja.

Ada yang bekerja semata-mata untuk mendapatkan gaji dan kemudiannya membelanjakannya semula sehingga habis. Bulan berikutnya akan lakukan perkara yang sama.

Ibu bapa perlu memberi gambaran tentang keadaan masa hadapan supaya anak-ana lebih bersedia.

#4 Tidak Berkongsi Pengalaman

Ibu bapa yang mempunyai kerjaya sendiri hari ini terlalu sibuk untuk bercakap dengan anak-anak tentang pengalaman mereka sendiri.

Pengalaman ibu bapa biasanya akan memberi kesan yang sangat mendalam kepada anak-anak. Sebab itu ramai anak-anak yang berjaya kerana mereka faham tentang pengalaman yang dikongsi oleh ibu bapa mereka.

Sebagai ibu bapa, anda bukan sahaja perlu merancang keperluan kewangan kepada anak-anak tetapi anda juga perlu sediakan ilmu kewangan dan mindset yang betul kepada mereka.

Show More

4 Comments

  1. Yup.. betul tu. Ibubapa yang ‘overprotecting’ sebenarnya memudaratkan anak.. Masa kecik dulu, aku pernah hilang duit. Pergi mengadi kat ayah, ingatkan dapat ganti duit tu, tibba kena maki plak dengan ayah sebab cuai. Sejak dari tu, aku tak pernah bgtaw alasan duit hilang, takut ke a maki lagi. Hehe…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Back to top button
Close