INFO KEWANGAN

Perbaharui cukai jalan kereta anda dan terima cashback

Jika anda pemilik kenderaan bermotor dan selalu perbaharui insuran kenderaan anda, disini ada cara bagaimana anda boleh dapatkan cashback dengan insuran kenderaan anda.

Sebelum kami bercerita lebih lanjut, anda kena tahu apa itu cashback.

Cashback adalah insentif program yang memberi peluang untuk anda mendapat balik pulangan beberapa peratus berbentuk wang apabila anda membelanjakan sejumlah wang terhadap sesuatu produk

Bagaimana cara untuk mendapatkan cashback apabila anda perbaharui lesen kenderaan?

Di Takaful Malaysia, apabila anda perbaharui lesen kenderaan anda, anda berpeluang untuk mendapatkan cashback dari harga insuran sekiranya tiada sebarang tuntutan pada tahun semasa polisi.

Contohnya jika anda perbaharui lesen kenderaan dengan Takaful Malaysia untuk tahun 2019 dan tiada sebarang tuntutan dibuat, maka anda layak untuk mendapatkan cashback. Tuntutan boleh dibuat 60 hari selepas tamat tarikh polisi anda. Peratus bayaran cashback berubah dari semasa ke semasa bergantung pada prestasi kewangan syarikat Takaful Malaysia dan pada tarikh artikel ini ditulis peratus cashback adalah sebanyak 7.5 peratus.



Cara untuk anda membuat tuntutan, anda boleh ke website Takaful Malaysia dan register di laman web.

Jika ingin perbaharui lesen anda dan cukai jalan, kami juga menyediakan perkhidmatan ini. Boleh klik link ini dan pihak kami akan membantu anda untuk bandingkan quotation daripada beberapa buah syarikat insuran.

Pilih insuran bukan sahaja yang terbaik untuk kenderaan tapi juga poket anda.

Show More

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Back to top button
Close