TIP JIMAT

Tips jimat ketika berhibur untuk pelajar

 

Anda seorang pelajar, jadi seharian belajar pasti mahu berhibur atau berjimba  untuk mengambil udara segar di luar kampus, di sini kami share tips walaupun anda berjimba tapi masih mampu jimat.

#1 Naik pengangkutan awam / carpool

Jika universiti anda terletak di bandar seperti di Universiti Malaya atau IIUM Gombak, maka kemudahan bas awam banyak terdapat di dalam kampus seperti RapidKL. Jadi untuk jimat anda boleh gunakan pengangkutan awam. Sebagai seorang pelajar untuk lebih jimat anda boleh menggunakan kad rapid pelajar. Penjimatan 50% untuk kemudahan RapidKL seperti bas, BRT, LRT, Monorail dan MRT servis.

Jika universiti anda terletak di kawasan luar bandar pula, anda mungkin boleh carpool dengan rakan-rakan anda. Bayaran pasti lebih murah dan lebih jimat kerana anda berkongsi pembayaran untuk sewa kereta, minyak, tol dan sebagainya.

#2 Gunakan kad siswa / kad pelajar

Jika anda seorang pelajar, manfaatkan kad siswa anda. Tahukah anda jika anda berbelanja di KFC, anda hanya perlu menunjukkan kad siswa anda dan anda mampu mendapat diskaun sebanyak 5% untuk pembelian di bawah RM20 manakala jika anda berbelanja di Mydin anda boleh mendapat diskaun untuk barang keperluan bukan makanan. Manakala jika anda penggemar wayang, tunjukkan kad pelajar anda  dan anda boleh dapatkan tiket wayang hanya berharga RM10 pada weekdays. Maklumat lanjut terdapat di link ini.

Iqbal Hafifi

Seorang penulis berkaitan kewangan dan pelaburan secara santai sambil menghirup Hot Americano..#GGMU

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Back to top button