INFO KEWANGANMELANCONG
Trending

5 Kepentingan Travel Insurans untuk Anda yang Suka Travel

Ramai orang suka travel tapi tahukah anda, apabila anda travel terutamanya ke luar negara anda berhadapan dengan banyak risiko-risiko musibah yang tidak terjangka contohnya seperti kehilangan passport, kehilangan bagasi, menghadapi masalah kesihatan seperti demam dan cirit-birit. Paling menakutkan adalah anda meninggal dunia di luar negara tanpa sebarang insurans perlindungan diri.

Berikut adalah 5 kepentingan travel insurans;

#1 Kesulitan perjalanan

Jika anda biasa terbang ke luar negara, antara risikonya adalah penangguhan penerbangan oleh syarikat penerbangan. Jika anda mengambil travel insurans, anda boleh tuntut sehingga RM2,000 untuk penerbangan yang lewat melebihi 2 jam dan ke atas.

#2 Kematian atau hilang upaya kekal

Malang memang tidak berbau. Apabila anda ke luar negara antara risiko kemalangan mungkin terjadi. Apa yang paling tidak terjangka anda mungkin hilang upaya / kematian di luar negara, bagi mengurangkan ahli beban keluarga mahupun anda sendiri, travel insurans mampu menampung kos ini sehingga RM500,000 bergantung kepada pakej insuran yang diambil.

#3 Perbelanjaan perubatan

Antara fungsi lain travel insuran adalah apabila anda menghadapi masalah kesihatan, travel insuran mampu untuk melindungi anda melalui pembayaran kos rawatan anda jika anda menghadapi kemalangan atau penyakit.

#4 Kehilangan atau kerosakan barang peribadi anda

Risiko kehilangan bagasi atau barangan peribadi amat ditakuti sekali. Terutamanya jika melibatkan barangan-barangan seperti telefon bimbit, kamera, passport dan wang kegunaan harian. Travel insurans mampu memberikan pampasan sehingga RM5,000 bergantung pada pakej anda ambil namun harus anda beringat bahawa kehilangan barangan peribadi bakal memberikan kesulitan kepada anda semasa travel.

#5 Perkhidmatan kecemasan

Sekiranya berlaku kes kematian ketika dalam perjalanan, pihak syarikat insurans akan menanggung kos membawa balik jenazah atau kos pengebumian akan ditanggung syarikat insurans  pemegang polisi. Ini serba sedikit mampu meringankan ahli keluarga yang berada di kampung halaman.

Ramai ambil mudah kepentingan travel insurans namun harus diingatkan bahawa kita tidak dapat menjagka apa yang berlaku pada kita sepanjang kita bercuti, amatlah penting kita beringat sebelum musibah datang.

Tags
Show More

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Back to top button
Close