PENDIDIKANPERSARAAN
Trending

4 Sebab Kenapa Pelan Persaraan Lebih Penting Daripada Pelan Pendidikan Anak-Anak

Setiap orang perlu merancang untuk memiliki pelan persaraan untuk hari tua dan juga pelan pendidikan untuk anak-anak. Tetapi, tidak semua individu mempunyai kemampuan untuk memiliki keduanya sekaligus.

Jika diberi pilihan untuk memilih sama ada pelan persaraan atau pelan pendidikan, jawapannya adalah anda perlu pilih pelan persaraan dahulu. Kami kongsikan dengan anda kenapa pelan persaraan perlu diberi keutamaan dahulu.

#1 Bantuan Pendidikan

Di Malaysia, terdapat pelbagai jenis bantuan pendidikan sama ada dalam bentuk pinjaman atau biasiswa. Ini bermakna walaupun tanpa pelan pendidikan sendiri, anak-anak anda masih mempunyai peluang untuk meneruskan pengajian di peringkat lebih tinggi.

Selain itu, anda juga boleh mula mendidik anak-anak anda untuk berusaha mendapatkan biasiswa tanpa perlu memohon pinjaman pendidikan. 

#2 Dana Persaraan Tidak Mencukupi

Walaupun setiap individu yang bekerja di Malaysia mempunyai caruman KWSP sebagai persaraan, dana terkumpul tersebut biasanya tidak mencukupi. Menurut statistik yang dikeluarkan oleh KWSP sendiri, ramai individu yang kehabisan dana persaraan sebelum sampai waktunya.



Pada masa yang sama, pengeluaran awal seperti pembelian rumah dan pengeluaran pendidikan juga menyebabkan dana persaraan yang bakal diterima nanti tidak mencukupi. Oleh itu, sangat penting untuk anda menambah lagi dana persaraan supaya cukup untuk menampung kehidupan hari tua anda.

#3 Pengeluaran Pendidikan

Bagi pencarum KWSP, anda boleh mengeluarkan sebahagian jumlah dalam akaun tersebut untuk membiayai yuran pendidikan anak-anak. Ini bermakna, caruman persaraan anda juga boleh dijadikan sebagai dana pendidikan anak-anak.

Anda kini hanya boleh fokus untuk mencipta dan menambah pelan persaraan sahaja.

#4 Mengharap Kepada Anak-Anak

Pelan persaraan juga penting bagi memastikan setiap ibu bapa tidak lagi mengharapkan bantuan kewangan daripada anak-anak. Kebanyakan yang berlaku hari ini adalah anak-anak yang baru sahaja membina hidup baru terpaksa menanggung ibu bapa.

Walaupun ia adalah satu tanggungjawab anak-anak, adalah lebih baik untuk memudahkan mereka yang terpaksa mengharungi kos kehidupan yang semakin tinggi.

Situasi diatas adalah apabila anda terpaksa memilih antara pelan pendidikan dan juga pelan persaraan. Sebaiknya, jika mampu anda perlu sediakan keduanya sekali.

Show More

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Back to top button
Close