Bukti RM300 Sebulan Boleh Jadi RM1 Juta Dalam Masa 30 Tahun

Mungkin bagi sesetengah orang tidak dapat menerima bahawa RM300 yang disimpan selama 30 tahun boleh menjadi RM1juta.

Jika disimpan di dalam akaun biasa tanpa ada dividen yang tinggi, mungkin tidak akan dapat angka sebesar RM1 juta tersebut.

Berikut adalah cara dan pengiraan untuk dapatkan RM1 juta tersebut:

Modal awal buka akaun : RM1,000

Simpanan bulanan         : RM300 

Tempoh                          : 30 tahun

Kadar keuntungan.         : 12%

 
Jumlah terkumpul selepas 30 tahun (future value) adalah RM1,012,539.60. Namun terdapat beberapa syarat yang anda perlu tahu sebelum pelaburan di atas berjaya:
 

1. Anda mestilah membuat simpanan secara tetap RM300 tanpa ada tertinggal selama 30 tahun.
2. Anda tidak boleh mengeluarkan simpanan tersebut sehingga 30 tahun.
3. Kadar keuntungan secara purata 30 tahun mestilah 12% setahun.

Selain itu, anda cuma perlu sentiasa mengawal dan membuat analisa tentang pelaburan yang dibuat. Tidak banyak dana yang mampu memberi pulangan sebanyak 12% setahun.

Bagaimana pula jika pelaburan anda hanya memberi pulangan purata 10% setahun?

Anda hanya perlu tingkatkan pelaburan bulanan anda kepada RM450 sebulan untuk tempoh masa yang sama. Jumlah terkumpul (future value) akan menjadi RM1,037,056.97.

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaa atau ingin mula menyimpan seperti di atas, sila hubungi kami di sini.

BACA : 5 sebab ramai tidak mahu melabur dalam unit trust

Show More

One Comment

  1. Simpanan bulanan rm900 selepas 10 tahun mencecah 200k. Boleh ws 0174474556 untuk sy bantu buat plan gandakan simpanan melalui unit trust.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Back to top button
Close