
Masih ramai yang ingin beli rumah tetapi tidak mampu dari segi penyediaan deposit awal. Oleh sebab itu, pihak KWSP telah membenarkan pengeluaran akaun 2 KWSP untuk pembelian rumah anda.
Syarat utama untuk pengeluaran akaun 2 adalah seperti berikut:
- Warganegara Malaysia dan Bukan Warganegara
- Umur bawah 55 tahun
- Pembelian rumah jenis kediaman
- Baki akaun 2 KWSP minimum adalah RM500
- Tidak pernah membuat pengeluaran untuk tujuan beli rumah.
Terdapat 2 jenis pengeluaran iaitu:
- Pengeluaran Individu (Beli rumah atas nama anda seorang sahaja)
- Pengeluaran bersama (Beli rumah atas nama bersama orang lain seperti pasangan atau ahli keluarga)
Manakala dokumen yang diperlukan untuk permohonan pengeluaran adalah seperti berikut:
- Borang KWSP 9C
- Surat Perjanjian Jual Beli (Tidak melebihi 3 tahun dari tarikh permohonan)
- Penyata akaun bank simpanan (untuk tujuan kemasukan duit)
- Surat Kelulusan Pinjaman Perumahan
- Surat Pertalian (Sijil kahwin atau surat beranak, untuk pengeluaran bersama)
Bagi pengeluaran jenis ini, terdapat 3 keadaan yang anda perlu tahu.
1. Beli Rumah Baru Dari Pemaju
Kebanyakan pemaju memberi kemudahan untuk anda mengeluarkan duit dari akaun 2 KWSP.
Anda hanya perlu buat bayaran tempahan dan memohon pinjaman dari bank. Selepas pinjaman diluluskan, anda boleh terus memohon pengeluaran akaun 2 KWSP.
2. Beli Rumah Dari Individu (Subsale)
Untuk pembelian subsale pula, anda perlu menyediakan 3% dari harga rumah dan baki pula sebanyak 7% dari pengeluaran KWSP.
Namun, tidak semua penjual memberi kelonggaran ini kerana tempoh masa untuk mendapatkan 7% yang lambat untuk diterima.
3. Beli Rumah Lelong
Manakala pembelian rumah lelong pula, anda perlu bayar dahulu 10% dari harga rumah dan membuat pengeluaran kemudian.