Dividen ASB 2019 5.5%, Perlu Ke Saya Keluarkan Atau Batalkan Pembiayaan ASB?

PNB baru sahaja mengumumkan dividen unit amanah ASB bagi tahun 2019 adalah 5.5% termasuk bonus. Jumlah tersebut adalah yang paling rendah dalam sejarah jumlah pengagihan atau dividen.

Ramai yang meluahkan rasa kecewa kerana dividen yang diberikan adalah lebih rendah dari sebelumnya. Pada masa yang sama ada juga yang ingin batalkan pembiayaan ASB yang sebelum ini memberi keuntungan.

Kami ingin memberi sedikit huraian tentang dividen 5.5% yang sebenarnya adalah masih menguntungkan.

#1 Masih Lagi Untung!

Bukan sahaja ASB, malah semua jenis pelaburan di Malaysia menerima impak dan kesan dari pasaran tempatan yang perlahan. Jadi, kadar 5.5% dengan pasaran yang tidak menentu, adalah sangat baik.

#2 Pembiayaan ASB Rugi?

Jika dibuat perbandingan antara kadar faedah yang dikenakan terhadap pembiayaan dan juga kadar dividen ASB, ramai yang menganggap mereka sedang sedang rugi. 

Namun, anda juga perlu ingat bayaran yang dibuat kepada pihak bank terdapat bahagian prinsipal yang akan dipulangkan semula. Jadi, anda sebenarnya masih untung.

Contoh:

Jumlah dividen RM200,000 x 5.5% = RM11,000

Jumlah bayaran kepada bank untuk RM200,000, RM1,000 x 12 bulan = RM12,000

Berdasarkan jumlah diatas, anda kelihatan sedang rugi RM1,000. Tetapi, anda masih ada prinsipal yang akan dipulangkan dengan anggaran +- RM2,000 dari pihak bank.

Kesimpulannya anda masih untung.

Rekod Kadar Dividen ASB
Rekod Kadar Dividen ASB

#3 Pelaburan Jangka Masa Pendek Atau Panjang?

Setiap jenis pelaburan tidak terlepas dari risiko kerugian dan keuntungan. Oleh sebab itu, pelaburan adalah terbaik untuk dinilai untuk jangka masa panjang.

Jika anda melabur dalam ASB atau menggunakan kaedah pembiayaan ASB,  tiga (3) tahun adalah masa terbaik untuk anda nilai keuntungan pelaburan anda.

Dalam pelaburan, tiada jaminan keuntungan yang tinggi akan diberikan setiap tahun. Oleh sebab itu, cara terbak untuk menilai keuntungan adalah melalui pengiraan ‘purata keuntungan’.

#4 Tahun 2020 Pulih Semula?

Sekali lagi, dalam pelaburan tiada jaminan keuntungan akan diberikan tinggi atau rendah. Keuntungan pelaburan berkait rapat dengan prestasi semasa ekonomi di negara tersebut.

Pada tahun 2019, PNB banyak melabur dalam pasaran tempatan yang sedia maklum sedang mengalami ketidakstabilan. Namun, PNB mengambil langkah bijak apabila mula melabur ke luar negara lebih banyak pada tahun 2020.

Harus diingat bahawa pelaburan yang dibuat pada tahun 2020 tidak semestinya memberikan keuntungan pada tahun yang sama.

Kesimpulan yang kami boleh buat adalah pelaburan ASB juga satu bentuk pelaburan yang terkesan dengan ekonomi semasa.

Jika anda seorang pelabur yang bijak, tidak seharusnya terkesan dengan dividen yang menurun pada tahun ini kerana pelaburan adalah untuk jangka masa panjang.

Show More

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Back to top button
Close