Trending

Hidup Tanpa Kereta? Lebih Jimat Dengan Guna Apps Kereta Sewa

Jika anda bekerja di pejabat, anda mungkin hanya menggunakan kereta anda pada waktu pagi dan petang sahaja.

Waktu tersebut adalah ketika anda mahu pergi ke pejabat dan juga ketika anda pulang ke rumah. Data yang dikeluarkan juga menunjukkan kebanyakan kereta yang dimiliki oleh rakyat Malaysia menghabiskan masa tidak digunakan.

Oleh itu, terdapat satu alternatif baru untuk anda jika tidak mahu beli kereta tetapi dengan hanya menggunakan kenderaan awam atau kereta sewa.

Berikut adalah beberapa cara yang anda boleh gunakan untuk kegunaan harian anda:

#1 Kenderaan e-hailing

Terdapat banyak syarikat yang menawarkan perkhidmatan e-hailing di Malaysia. Antaranya adalah seperti GrabCar, Mycar, Mula, JomRides dan banyak lagi.

Perkhidmatan e-hailing ini membantu anda untuk pergi ke satu destinasi dengan mudah tanpa perlu memandu kereta sendiri.

Selain itu, anda juga perlu buat pembandingan kos yang dikeluarkan jika anda memiliki kereta sendiri (termasuk servis, tol, petrol dan lain-lain) dengan kos menggunakan perkhidmatan ini.

Jika anda dapat berjimat dengan banyak apabila menggunakan e-hailing, tidak perlu lagi memiliki kenderaan.

#2 Kereta Sewa Jangka Masa Pendek

Jika pekerjaan anda memerlukan anda untuk sentiasa keluar, mungkin anda boleh cuba alternatif kereta sewa untuk jangka masa pendek seperti Socar, GoCar,MoovBy dan banyak lagi.

Anda boleh sewa kereta dengan kadar yang cukup rendah. Selain itu, dengan hanya menggunakan applikasi di telefon bimbit, anda boleh membuat tempahan dengan mudah serta memilih kereta pilihan anda sendiri.

Dapatkan 4 jam sewa kereta percuma dengan Socar sekarang. Anda hanya perlu download dan boleh terus guna kereta secara percuma. DOWNLOAD

#3  Pengangkutan Awam

Akhir sekali adalah dengan menggunakan pengangkutan awam seperti LRT, MRT, KTM, bas dan lain-lain. Cara ini lebih murah dan jimat.

Namun, anda mungkin terpaksa bersesak untuk menggunakan perkhidmatan ini kerana pengangkutan awam telah menjadi pilihan kebanyakan rakyat Malaysia.

Show More

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Back to top button
Close