Trending

Pernah Digelar Mat Rempit, Lelaki Ini Kongsi Cerita Pendapatan 5 Angka Sebagai Perancang Hayat

Dulu pernah digelar mat rempit semasa bekerja sebagai despatch. Kini, hidup Faizal Assip telah berubah dengan banyak dan menjadi lebih baik.

Kini, beliau berjaya meraih pendapatan sebanyak 5 angka setiap bulan sebagai seorang perancang hayat AIA Public Takaful.

Beliau kongsikan tip dan pengalaman mengubah hidup dari seorang mat rempit kepada seorang individu yang lebih baik.

Sentiasa Niat Nak Berubah

‘Dalam hidup ni, kita sentiasa kena ada niat untuk berubah jadi lebih baik’

Ketika mula kerjaya sebagai perancang hayat, saya sentiasa ingin menjadi terbaik dan menjana pendapatan yang tinggi supaya hidup saya menjadi lebih baik.

Walaupun kerjaya ini sangat mencabar, saya tetap teruskan dengan bantuan dari kawan-kawan, agensi serta leader saya sendiri.

Alhamdulillah, dalam masa 2 tahun pertama, saya sudah nampak perubahan dalam hidup saya serta keluarga saya.

Jujur Dan Ikhlas Bantu Pelanggan

Prospect dulu pernah maki dan marah saya. Malu tak tahu nak letak muka’.

Biasalah, kerja sebagai perancang hayat atau ejen takaful ni memang tidak semua suka dengan kita.

Tetapi, saya masih dengan niat saya untuk bantu pelanggan dengan jujur dan ikhlas.

Pelanggan akan suka dengan perancang hayat yang jujur dan ikhlas.

Ikut Orang Yang Dah Berjaya

Dulu tak ada siapa pernah sangka yang saya akan mempunyai pendapatan 5 angka. Bila saya belajar dari orang yang sudah berjaya, saya sendiri ikut berjaya.

Memang sukar untuk tukar ‘persekitaran’ baru tetapi saya perlu korbankan untuk belajar dari orang yang berjaya. Paling penting adalah sentiasa sabar dengan setiap cabaran yang dihadapi.

Pada masa yang sama, saya juga bukan sahaja fokus untuk berjaya di dunia malah sentiasa ingin perbaiki diri untuk berjaya di akhirat.

Tidak Pernah Ponteng Training

Ini memang benda paling penting sekali dalam hidup dan perniagaan. Saya tidak pernah ponteng setiap training yang dibuat oleh ageni dan syarikat.

Walaupun sekarang sudah mahir dalam bidang ini, saya masih datang untuk menambah ilmu.

Ini juga menjadi kunci kejayaan saya mencapai MDRT sebanyak 5 kali yang diiktiraf antarabangsa.

Naik Pangkat

Kerjaya sebagai perancang hayat sangat mudah untuk naik pangkat dan memiliki agensi sendiri. Kini, saya sudah mengurus agensi sendiri dan mempunyai seramai lebih 20 orang perancang hayat berdaftar.

Tugas saya pula sudah berubah dan lebih fokus untuk menjaga agensi.

‘Untung perancang hayat sekarang sebab AIA ada tawarkan skim bonus RM4,500 setiap bulan’ Dulu kami hanya mengharapkan komisyen yang sedikit untuk sara hidup.

Bantu Keluarga

Akhir sekali, tak perlu tunggu kaya baru nak tolong keluarga. Setiap kali ada duit lebih sikit, saya akan cuba gembirakan keluarga saya.

Mungkin berkat dari situ, perjalanan kerjaya saya menjadi sangat mudah. Kita kena yakin bahawa rezeki itu 100% datang dari Allah SWT.

Jika anda mendapat inspirasi dan ingin sertai kumpulan perancang hayat beliau, boleh pergi ke Facebook beliau, Faizal Assip.

Show More

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Back to top button
Close