Trending

PNB Tidak Akan Jadi Seperti TH, LTAT – CEO PNB

Pada 4 Disember 2019, telah berlangsung satu majlis Bicara Santai PNB 2019 yang membincang tentang ekonomi semasa.

Pada majlis tersebut terdapat beberapa perkara yang dibincangkan termasuk prestasi semasa PNB yang menguruskan dana terbesar iaitu Amanah Saham Bumiputera (ASB) yang sangat popular.

Tim Nasihat Kewangan juga dijemput untuk mendengar perbincangan tersebut dan kami huraikan sepertu berikut:

#1 PNB tidak akan jadi seperti TH dan LTAT

Perkara yang paling ditakuti adalah pelaburan yang paling selamat iaitu ASB menjadi seperti instrumen pelaburan lain yang memberikan dividen atau pulangan yang rendah secara mendadak.

Namun, jawapan yang diberikan oleh CEO PNB, Encik Jalil Rasheed memberitahu bahawa PNB sangat komited dan berintegriti dalam bekerja. Jadi, amat mustahil untuk menjadi seperti TH dan LTAT yang dilanda masalah sehingga menyebabkan dividen yang diberikan sangat rendah.

#2 Dividen 2019?

Dalam sesi tersebut juga, antara perkara yang dibincangkan adalah mengenai prestasi PNB bagi tahu 2019 yang mana sangat sukar untuk memberi dividen yang tinggi dalam keadaan pasaran yang mencabar.

Ini adalah tahun yang paling mencabar dalam sejarah PNB untuk memastikan prestasi dalam keadaan baik.

#3 Dana PNB yang semakin besar menjadi satu masalah?

Ramai yang menjangkakan apabila dana yang diuruskan adalah paling besar akan memberi kesan yang positif terutama prestasi dana yang baik. Namun, bagi PNB pula peningkatan dana tersebut sebenarnya memberikan sedikit isu tiada tempat lagi untuk dilaburkan.

Pelaburan di Malaysia sudah hampir semuanya disertai manakala pelaburan di luar negara pula adalah lebih berisiko. Namun, pelaburan di luar negara telah mengalami peningkatan dari tahun sebelumnya.

#4 ASB bukan pelaburan yang ‘Seksi’

Dalam pelaburan, tidak ada yang boleh memberikan pulangan yang tinggi dalam masa yang singkat. Sama juga seperti dana ASB yang mempunyai objektif untuk memberi pulangan yang konsisten setiap bulan walaupun tidak tinggi.

Pelaburan yang ‘Seksi’ bermaksud satu bentuk pelaburan yang boleh memberikan pulangan yang tinggi sehingga dua digit. Namun, perlaburan seperti itu sebenarnya adalah berisiko tinggi.

#5 Jika semua pelabur ASB keluarkan duit, apa jadi?

‘Tiada masalah’. Jawapan yang jelas dari CEO PNB sendiri mengenai kemungkinan pelaburan mengeluarkan duit dari akaun ASB mungkin disebabkan dividen yang diberikan menurun.

Tahap kecairan serta pengurusan yang baik menyebabkan dana ASB ini mampu bertahan lama dan tidak terkesan dengan sebarang bentuk aktiviti pengeluaran yang mengejut.

Rumusan yang boleh dibuat adalah PNB berusaha untuk memastikan pelaburan ASB mampu memberikan pulangan yang baik dan menjaga semua 14 juta pelabur mereka.

Show More

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Back to top button
Close