
#1 Apa itu penangguhan pembayaran pinjaman?
Satu bentuk penangguhan sementara dari membuat pembayaran pinjaman dengan pihak bank untuk tempoh masa tertentu yang telah ditetapkan (6 bulan).
#2 Apakah tujuan penangguhan pembayaran pinjaman ini?
Untuk meringankan beban sementara dalam menghadapi krisis virus Covid-19
#3 Apakah jenis pinjaman yang terlibat dengan penangguhan ini?
Untuk individu dan SME, penangguhan untuk semua jenis pinjaman konvensional dan Islamik kecuali kad kredit dengan syarat:
a) Tiada bayaran tertunggak melebihi 90 hari setakat 1 April 2020; atau
b) Pinjaman dalam matawang Ringgit sahaja
#4 Bolehkan saya minta untuk melanjutkan penangguhan melebihi 6 bulan?
Penangguhan pembayaran pinjaman ini hanya untuk maksimum 6 bulan sahaja. Jika anda perlukan lebih tempoh masa, sila hubungi pihak bank pinjaman anda.
#5 Jika saya sertai penangguhan ini, adakah akan memberi kesan kepada laporan CCRIS saya?
Tidak.
#6 Adakah saya perlu mohon untuk penangguhan pembayaran pinjaman ini?
Tidak. Semua individu dan SME yang terlibat akan mendapat penangguhan ini secara terus mulai 1 April 2020.
#7 Bank manakah yang terlibat dengan penangguhan pembayaran pinjaman ini?
Semua bank berlesen dan institusi pembangunan kewangan berlesen.
#8 Jika saya mahu teruskan membuat pembayaran, apakah yang perlu saya lakukan?
Anda perlu hubungi bank pinjaman anda untuk meneruskan pembayaran seperti biasa.
#9 Adakah penangguhan ini melibatkan pinjaman baru?
Ya. Semua pinjaman yang ada mulai 1 April 2020 adalah terlibat.
#10 Jika saya ada buat potongan terus dari gaji, apa perlu saya lakukan?
Sila hubungi majikan anda untuk hentikan pemotongan.
Untuk baca soal jawab penuh sila baca disini BNM