5 Cara Anda Boleh Lakukan Untuk Tambah Pendapatan Musim Perintah Berkurung

Ketika ini semua rakyat Malaysia terpaksa melalui perintah berkurung dan terpaksa duduk di dalam rumah selama 14 hari. Kesannya, terdapat individu yang terpaksa cuti tanpa gaji dan juga dibayar gaji hanya sebahagian sahaja.

Perkara ini menyebabkan ramai yang terpaksa memikirkan cara untuk tambah pendapatan. Selain itu, bagi individu yang berniaga paling terkesan kerana tidak dapat membuka kedai selama hampir dua minggu.

Kami cadangkan beberapa cara yang anda boleh lakukan untuk tambah pendapatan semasa musim perintah berkurung ini.

#1 Agent/dropship

Perkara paling mudah ketika ini adalah untuk menjadi ejen atau dropship untuk barang-barang yang dijual melalui online. Sebagai ejen atau dropship, anda tidak perlu keluar berjumpa pelanggan tetapi semuanya dapat diselesaikan melalui online sahaja.

Selain itu, modal yang dikeluarkan juga adalah rendah dan ketika ini ramai yang sedang aktif menggunakan internet di sosial media. Jadi, peluang untuk anda menjual sesuatu kepada mereka.

#2 Jual Barang Terpakai Anda

Jika anda tidak mempunyai dana kecemasan yang mencukupi, anda mungkin terpaksa mencari semula barang-barang lama yang tidak digunakan lagi.

Cara ini akan membantu anda mendapatkan sedikit wang tambahan sementara tidak boleh bekerja dan berniaga di luar.

#3 Youtube

Tak tahu nak buat apa dirumah? Apa kata anda cuba buat video dan kongsi di laman Youtube. Anda bukan sahaja dapat berkongsi maklumat tetapi juga boleh menjana pendapatan.

Apa yang anda boleh lakukan adalah berkongsi perkara-perkara yang anda mahir dan minat. Cara ini juga akan membantu anda bukan sahaja semasa musim perintah berkurung tetapi juga untuk jangka masa panjang.

#4 Blog

Selain berkongsi video, anda juga boleh berkongsi melalui penulisan di blog. Lebih lama anda luangkan masa dirumah, lebih banyak perkara dan idea yang anda boleh kongsikan.

Cara paling mudah adalah dengan membaca buku dan kemudian tulis idea dan pandangan anda di blog untuk bacaan orang ramai. Lebih ramai pembaca, lebih banyak peluang untuk anda menjana pendapatan.

#5 Jual Makanan Harian

Akhir sekali, makanan adalah satu perkara asas dan penting dalam apa jua keadaan. Oleh itu, anda boleh ambil peluang dengan menjual makanan yang anda boleh masak kepada jiran kawasan perumahan anda.

Zaman sekarang lebih mudah dengan bantu media sosial untuk anda beriklan dan dapatkan pesanan dari orang ramai. Selain itu, anda juga boleh gunakan servis penghantaran yang dibolehkan untuk bekerja.

Anda ada cadangan lain untuk jana pendapatan? Kongsikan dengan kami.

Show More

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Back to top button
Close