HARTANAH
Trending

Isi Kandungan Surat Tawaran Pinjaman Perumahan Yang Perlu Anda Tahu

Anda mungkin rasa gembira apabila pihak bank meluluskan pinjaman perumahan anda. Sebelum anda tandatangan, pastikan anda faham isi kandungan surat tawaran pinjaman perumahan yang ditawarkan.

Berikut adalah beberapa pekara yang perlu anda faham berkenaan isi kandungan surat tawaran pinjaman perumahan.

Jenis pinjaman

Terdapat beberapa jenis pinjaman yang terdapat di Malaysia. Antaranya adalah:

1. Standard Pinjaman perumahan konvensional yang menggunakan sama ada kadar tetap atau kadar terapung (Floating rate) terhadap jumlah prinsipal pinjaman anda. Kadar tetap bermaksud jika terdapat kenaikan Base Rate, bayaran bulanan anda kepada pihak bank masih sama dan tidak berubah. Manakala untuk kadar terapung pula, bayaran bulanan anda akan berubah sama ada naik atau turun bergantung kepada base rate semasa.

2. FlexiAkaun pinjaman jenis flexi adalah hampir sama seperti akaun standard cuma terdapat kelebihan dari segi membuat bayaran lebih awal (advance payment) yang boleh mengurangkan bayaran faedah. Anda juga boleh mengeluarkan semula wang advance tersebut jika anda ingin gunakan wang ketika kecemasan.

3. IslamicPembiayaan Islamic pula menggunakan konsep Musharakah Mutanaqisah (perkongsian) berbanding konvensional yang menggunakan konsep pinjaman wang. Ini bermaksud, pihak bank dan anda berkongsi modal untuk mendapatkan rumah tersebut. Pemilikan rumah akan menjadi milik pembeli selepas bayaran penuh dibuat.

Sumber gambar : PropertyGuru

Tempoh pinjaman / Tenure

Tempoh maksimum sesuatu pinjaman yang dibenarkan oleh pihak Bank Negara Malaysia (BNM) adalah 35 tahun sahaja. Anda juga mempunyai pilihan untuk mengambil kurang dari 35 tahun jika mahu pinjaman tersebut selesai lebih awal.

Namun, anda perlu bahawa semakin singkat tempoh pinjaman, semakin tinggi bayaran ansuran bulanan anda kepada pihak bank.

Sumber gambar : NewsCrab

Jumlah Pinjaman / Margin of Finance

Jumlah pinjaman yang diberi oleh pihak bank adalah maksimum 90% dari harga jualan atau 100% untuk skim pinjaman penuh. Namun, untuk pembelian rumah ketiga dan seterusnya, pihak bank hanya boleh beri 70% sahaja dari harga rumah.

Walaupun pihak bank telah mengeluarkan surat tawaran dengan jumlah pinjaman RM100,000, mereka mempunyai hak untuk mengurangkan jumlah tersebut jika mereka rasa nilai rumah tersebut sepatutnya lebih rendah.

Anda juga boleh masukkan bayaran takaful perumahan di dalam pinjaman tersebut.

Bayaran Bulanan / Instalment

Pinjaman perumahan menggunakan konsep reducing balance. Konsep ini bermaksud bayaran bulanan anda pada peringkat awal sebahagian besar hanya untuk menyelesaikan jumlah faedah.

Tahun pertama :
Bayaran bulanan : RM500 (RM400 faedah + RM100 prinsipal)

Tahun kedua:
Bayaran bulanan : RM500 (RM350 faedah + RM150 prinsipal)

Tahun ketiga:
Bayaran bulanan : RM500 (RM300 faedah + RM150 prinsipal)

Walaupun anda sudah buat bayaran sehingga 5 tahun, baki pinjaman anda hanya berkurang sedikit sahaja kerana pengurangan hanya berlaku pada faedah anda. Melainkan anda membuat bayaran lebih setiap bulan terhadap prinsipal anda.

Sumber gambar : Rita Charitable Trust

Kadar Faedah / Kadar Keuntungan

Kadar faedah yang ditawarkan oleh pihak bank biasanya bergantung kepada risiko dan penilaian individu. Jika individu tersebut mendapat markah yang baik, kadar faedah yang ditawarkan mungkin lebih rendah.

Terdapat syarat di dalam surat tawaran tersebut dimana kadar faedah boleh dinaikkan dengan tinggi jika anda membuat bayaran lewat. Oleh itu, pastikan anda baca dengan teliti surat tawaran tersebut dan tidak buat bayaran lewat setiap bulan.

Jika tidak, ia hanya akan merugikan anda.

Lock in period

Ini adalah satu tempoh dimana anda tidak boleh membuat penyelesaian awal atau anda akan dikenakan penalti.

Namun, pembiayaan Islamic biasanya tidak mempunyai lock in period. Tempoh lock in period biasanya adalah di antara 2 tahun hingga 5 tahun. Jika anda tidak mempunyai rancangan untuk menjual rumah dalam tempoh tersebut, tiada masalah untuk anda ambil tawaran pinjaman tersebut.

Admin NK

Seorang penulis kewangan dan pelaburan santai untuk bacaan umum. Peminat setia pelaburan saham dan hartanah.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Back to top button