Senarai Bantuan PRIHATIN Dan Cara Untuk Memohon

Baru-baru ini kerajaan ada mengumumkan bantuan kewangan melalui Pakej Ransangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) bagi meringankan beban rakyat akibat daripada Covid-19.

Berikut adalah jenis bantuan dan kelayakan yang akan diberikan oleh kerajaan:

Kaedah bayaran Bantuan Prihatin Nasional B40 adalah seperti berikut:

Pembayaran sekiranya:

1)  Ada maklumat akaun – bayaran adalah secara kredit ke akaun; atau

2)  Jika status bayaran adalah gagal kredit – bayaran adalah secara tunai di Bank Simpanan Nasional

3)  Tiada akaun – bayaran adalah secara tunai di Bank Simpanan Nasional (BSN)

Manakala kaedah bayaran Bantuan Prihatin Nasional M40 adalah seperti berikut:

1)  Bayaran akan dibuat melalui akaun bank yang dinyatakan di dalam BNCP terkini yang telah dikemukakan.

2)  Bayaran akan dikreditkan ke akaun bank ketua isi rumah.

3)  Jika taksiran bersama telah dipilih semasa mengemukakan BNCP, bayaran akan dikreditkan ke akaun bank atas nama pembayar cukai yang ditaksir.

Penerima yang layak menerima Bantuan Prihatin Nasional B40 & M40 boleh membuat semakan status mulai 1 April 2020.

Semakan status boleh dibuat di Portal Rasmi berikut:

1)  Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia, http://www.hasil.gov.my

2)  Bantuan Sara Hidup (BSH), https://bsh.hasil.gov.my

3)  Kementerian Kewangan Malaysia, https://www.treasury.gov.my

Jika memenuhi kriteria tetapi tidak tersenarai, permohonan baharu Bantuan Prihatin Nasional untuk B40 dan M40 boleh dibuat mulai 1 April 2020 secara dalam talian di Portal Rasmi berikut sahaja:

1)  Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia, http://www.hasil.gov.my

2)  Bantuan Sara Hidup (BSH), https://bsh.hasil.gov.my

3)  Kementerian Kewangan Malaysia, https://www.treasury.gov.my

Show More

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Back to top button
Close