Seorang pensyarah berumur 53 tahun telah ditipu oleh sindiket penipuan Scammer dan menyebabkan kerugian hampir RM116,000 dengan hanya melalui telefon sahaja.
Sumber gambar : The Guardian
Sindiket penipuan tersebut yang didalangi oleh 2 orang individu yang menyamar sebagai pegawai telekomunikasi dan pegawai polis untuk memperdaya mangsa.
Perangkap scammer tersebut adalah dengan memberitahu mangsa bahawa beliau mempunyai wang dari hasil sumber perjudian internet dan penggubahan wang haram. Bagi mengelakkan ditangkap, mangsa perlu membuat pindahan wang ke akaun lain.
Selepas itu, mangsa telah membuat 14 transaksi pindahan wang berjumlah RM116,000 kepada scammer tersebut. Setelah menyedari telah ditipu oleh scammer tersebut, mangsa telah membuat laporan polis.
Tip elak ditipu Scammer:
1. Pastikan anda tidak membuat sebarang transaksi pindahan wang kepada orang lain.
2. Jika terdapat keraguan, sila hadir ke Balai Polis berhampiran.
3. Anda juga boleh dapatkan nasihat terlebih dahulu dari orang lain seperti pasangan atau anak-anak.
4. Sentiasa dalam keadaan tenang supaya tidak membuat keputusan yang terburu-buru