INFO KEWANGAN

Berlaku Kemalangan Di Luar Waktu Kerja Masih Boleh Tuntut SOCSO?

Setiap bulan anda wajib untuk mencarum PERKESO tolak terus dari gaji. Namun, adakah anda sudah tahu jenis manfaat yang anda boleh tuntut dari caruman itu?

Kami ingin kongsikan manfaat utama yang boleh dituntut dari PERKESO atau SOCSO ini.

Caruman yang ditolak setiap bulan adalah untuk Skim Bencana Pekerjaan & Skim Keilatan. Jadi, kami kongsikan manfaat penuh dari dua skim yang anda carum ini.

1. SKIM BENCANA PEKERJAAN

Kemalangan dilindungi ketika anda menjalankan tugas dan pekerjaan seperti keadaan berikut:

  • KEMALANGAN SEMASA MENJALANKAN PEKERJAAN
  • KEMALANGAN SEMASA KECEMASAN
  • KEMALANGAN SEMASA DALAM PERJALANAN
  • PENYAKIT KHIDMAT

Jika terkena salah satu diatas, anda boleh menuntut manfaat seperti berikut:

2. FAEDAH PERUBATAN

Rawatan perubatan secara percuma di klinik panel PERKESO atau klinik/hospital Kerajaan sehingga pulih sepenuhnya.

Bagi caj rawatan yang diperolehi dari klinik bukan panel PERKESO, majikan atau pekerja boleh mengemukakan permohonan tuntutan ganti belanja

3. FAEDAH HILANG UPAYA SEMENTARA

Faedah Hilang Upaya Sementara dibayar kepada pekerja sepanjang tempoh cuti sakitnya yang disahkan oleh doktor

Kadar harian Faedah Hilang Upaya Sementara adalah 80% daripada gaji harian purata

3. FAEDAH HILANG UPAYA KEKAL

Kadar harian Faedah Hilang Upaya Kekal adalah 90% daripada gaji harian purata

4. ELAUN LAYANAN SENTIASA

Jumlah Elaun Layanan Sentiasa adalah ditetapkan sebanyak RM500 sebulan.

5. KEMUDAHAN PEMULIHAN JASMANI & VOKASIONAL

Semua perbelanjaan kemudahan pemulihan di atas ditanggung oleh PERKESO mengikut kadar dan syarat-syarat yang ditetapkan.

6. FAEDAH ORANG TANGGUNGAN

Kadar harian adalah 90% daripada gaji harian purata anggapan pekerja

7. FAEDAH PENGURUSAN MAYAT

Amaun sebanyak RM2,000 akan dibayar sekiranya seseorang pekerja meninggal dunia akibat daripada bencana kerja atau semasa menerima Faedah Hilang Upaya Kekal berkala

8. FAEDAH PENDIDIKAN

Faedah Pendidikan merupakan suatu kemudahan dalam bentuk pinjaman.

Maklumat lanjut berkenaan Skim Bencana Pekerjaan tekan sini PERKESO

Sumber gambar : PERKESO


9. SKIM KEILATAN

Keilatan bermaksud mengalami keuzuran yang berkekalan yang tidak boleh diubati atau tidak akan sembuh yang menyebabkan tidak berupaya mencari nafkah atau bekerja.

Faedah untuk Skim Keilatan ini adalah seperti berikut:

10. PENCEN ILAT

Kadar Pencen Ilat yang layak diterima bagi tempoh kelayakan penuh adalah dari 50% hingga 65% daripada gaji bulanan purata anggapan tertakluk kepada pencen minimum sebanyak RM475 sebulan

11. BANTUAN ILAT

Amaun bantuan ilat ini adalah sama banyaknya dengan jumlah caruman yang telah dibayar oleh pekerja dan majikan untuk Skim Keilatan termasuk faedahnya.

Ianya adalah merupakan bayaran pukal sekali sahaja.

12. ELAUN LAYANAN SENTIASA

Kadar harian Faedah Hilang Upaya Kekal adalah 90% daripada gaji harian purata

13. PENCEN PENAKAT

Pencen Penakat dibayar kepada orang tanggungan yang layak apabila Orang Berinsurans meninggal dunia akibat sebarang sebab yang tidak berkaitan dengan pekerjaan.

14. KEMUDAHAN PEMULIHAN JASMANI, VOKASIONAL, RTW & DIALISIS

Semua perbelanjaan kemudahan pemulihan di atas ditanggung oleh PERKESO mengikut kadar dan syarat-syarat yang ditetapkan.

15. FAEDAH PENGURUSAN MAYAT

Amaun sebanyak RM2,000 akan dibayar sekiranya seseorang pekerja meninggal dunia akibat daripada bencana kerja atau semasa menerima Faedah Hilang Upaya Kekal berkala

16. FAEDAH PENDIDIKAN

Faedah Pendidikan merupakan suatu kemudahan dalam bentuk pinjaman.

Maklumat lanjut berkenaan Skim Keilatan tekan sini PERKESO

Sebarang maklumat lanjut anda boleh terus pergi ke laman web PERKESO yang penuh dengan maklumat.


Admin NK

Seorang penulis kewangan dan pelaburan santai untuk bacaan umum. Peminat setia pelaburan saham dan hartanah.

One Comment

  1. Saya nak tanya lah.sekarang ni saya tengah proses rawatan sakit belakang.saya pernah dapat mc dari hospital kerajaan 2 minggu berkala adakah saya layak membuat tuntutan mereka

  2. Saya nak tanya lah.sekarang ni saya tengah proses rawatan sakit belakang.saya pernah dapat mc dari hospital kerajaan 2 minggu berkala adakah saya layak membuat tuntutan mereka

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Back to top button