
Selalu tengok kawan-kawan main saham untung banyak? Jangan taksub sangat sebab saham adalah satu pelaburan yang sangat-sangat high risk.
Senang nak untung, senang nak rugi.
Kalau korang betul-betul berminat nak mula melabur dalam saham, apa kata korang follow 4 nasihat dekat bawah ni.
1. Modal Sanggup Rugi Pertama sekali kalau korang nak melabur dalam saham mestilah menggunakan modal yang korang khaskan untuk saham je. Maksudnya, modal tu takkan digunakan untuk perkara lain yang penting macam bayar hutang atau simpanan kecemasan. Asas dalam pelaburan saham adalah, high risk, high return. Kena selalu ingat benda ni. Untuk permulaan, boleh mula dengan modal RM1,000 dengan selesa. Contohnya, korang beli unit saham yang berharga RM1/unit, dapatlah 1,000 unit. Kalau harga seunit naik RM1.20/unit, korang dah untun RM200. Nampak macam senang nak buat duit, tapi ramai je yang rugi bila mula main saham ni. Teruskan baca lagi tip-tip lain dekat bawah. 2. Faham Syarikat Tak tahu nak beli saham company mana? Ini adalah satu perkara biasa yang sering terjadi untuk semua pelabur saham. Kalau salah beli, rugi. Perkara asas untuk pilih saham yang berkualiti adalah dengan memilih syarikat yang berkualiti (untung banyak). Asas kepada kenaikan harga saham adalah berdasarkan prestasi syarikat tersebut. Lagi banyak untung yang syarikat buat, lagi tinggi kenaikan harga saham tu. Kena rajin-rajin baca analisis tentang syarikat tu sama ada dekat forum, surat khabar, website atau boleh baca Financial Report.#NAK TAHU SAHAM MANA YANG OK? DAPATKAN LISTING SAHAM TERBAIK MUSIM COVID19

Akhir sekali, kalau nak belajar saham paling cepat, korang pergi je mana-mana cawangan investment bank untuk buka akaun CDS. Lepastu, beli je mana-mana saham yang korang rasa akan perform.