HIBAHINFO KEWANGAN

Akaun ASB Kena Beku Selepas Meninggal? Hibah Amanah Boleh Bantu.

Jika berlaku kematian, semua harta termasuk simpanan ASB juga perlu melalui proses pembahagian harta pusaka.

Bagi memudahkan segala urusan pembahagian harta tersebut, PNB telah memperkenalkan Hibah Amanah yang akan membantu waris menguruskan harta pusaka tersebut.

Hibah Amanah adalah satu perkhidmatan pengurusan harta pusaka yang menggunakan konsep hibah dan amanah semasa proses pembahagian harta pusaka.

Kelebihan Hibah Amanah:

1. Pemberi boleh menentukan penerima dan jumlah peratus penerimaan.

2. Penerima adalah penerima mutlak tanpa boleh dicabar

3. Tidak perlu surat kuasa pentadbir.

4. Pemberi masih mempunyai hak terhadap simpanan tersebut semasa masih hidup.

Kelebihan diatas cukup menunjukkan pentingnya memiliki hibah amanah yang disediakan oleh pihak ASNB.

Waris tidak perlu lagi pening dan bersusah payah untuk menguruskan harta pusaka akaun simpanan ASB. Semua akan diuruskan oleh pihak ASNB.

Berikut adalah yuran yang terlibat jika anda berminat untuk mendapatkan perkhidmatan hibah amanah ini.

Berdasarkan jadual diatas, terdapat 2 jenis yuran yang perlu anda ambil tahu iaitu yuran ketika pendaftaran dan yuran ketika tuntutan.

Nak tahu lebih lanjut? Anda boleh baca di website ASNB.

Admin NK

Seorang penulis kewangan dan pelaburan santai untuk bacaan umum. Peminat setia pelaburan saham dan hartanah.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Back to top button