Trending

Nak Tahu Berapa Kos Besarkan anak? Join Kursus ‘DUIT for Baby’ Percuma.

Agensi Kaunseling & Pengurusan Kredit (AKPK) telah melancarkan satu kursus online menarik yang bertajuk ‘DUIT for Baby’ yang sesuai untuk golongan ibu bapa yang mempunyai anak.


Kursus ini memberi maklumat mengenai pengurusan kewangan dan perbelanjaan semasa menerima kelahiran bayi dan juga semasa proses membesarkan anak.

Sangat sesuai untuk ibu bapa!


Apa yang anda akan belajar dalam kursus online ini?

 

✔ Jenis kos yang terlibat dari kehamilan sehingga pra-sekolah.

✔ Perancangan kewangan yang efektif

✔ Tabiat penggunaan yang baik

✔ Sediakan pelbagai jenis dana untuk masa depan bayi

✔ Mengajar kanak-kanak tentang celik kewangan.



MODUL 1 – PERBINCANGAN KEWANGAN
  • Bincangkan matlamat kewangan semasa memulakan dan membina keluarga dan melihat masalah kewangan yang mungkin dihadapi oleh anda dan keluarga.
  •  

MODUL 2 – BERAPA HARGANYA

  • Perhatikan kos yang diperlukan sebelum kelahiran bayi dan membesarkan anak.
 

MODUL 3 – PERANCANGAN KEWANGAN

  • Pengurusan dan perancangan kewangan dalam membangunkan tabungan untuk bayi anda.
  •  

MODUL 4 – PELABURAN MASA DEPAN

  • Meneliti rancangan simpanan dan pelaburan untuk penjagaan kesihatan dan pendidikan masa depan anak.
  •  

MODUL 5 – PEMBELAJARAN

  • Bincangkan tekanan yang dihadapi oleh ibu bapa dan dana pendidikan anak-anak. 
  •  

INFO MENARIK KURSUS DUIT FOR BABY

Nak belajar banyak lagi tentang pengurusan kewangan dalam proses membesarkan anak? Anda boleh join kursus ini secepat mungkin.

 

  • Jom daftar kursus online ni secara percuma je. Tekan sini AKPK
Back to top button