Bayar Takaful Dah Lebih Setahun, Masuk Hospital Tak Boleh Guna

Kenapa dah bayar lebih setahun tapi susah sangat nak guna medical card ni?

Mungkin anda atau kenalan anda pernah mengalami situasi seperti diatas

Mungkin anda pernah terbaca beberapa kisah seorang individu yang ingin menggunakan kad perubatannya di hospital swasta tetapi tidak diluluskan Surat Jaminannya.

 

Lebih menghairankan, pelan Kad Perubatan ‘Medical Card’ ini sudah dicarum lebih setahun dan tidak mempunyai sebarang penyakit.

Kami ingin kongsikan antara perkara penting dalam Medical Card yang anda perlu tahu iaitu ‘Contestable Period’ atau tempoh siasatan ‘Investigation Period’.

 

Contestable Period adalah satu tempoh selama 2 tahun dari tarikh sijil takaful anda mula aktif atau inforced. Ini adalah sebahagian dari arahan Bank Negara Malaysia terhadap semua syarikat operator Takaful/Insuran untuk memastikan setiap tuntutan adalah tidak berlaku unsur penipuan.

 

Apakah kesan dari Contestable Period ini?

 

Ini bermakna, dalam tempoh 2 tahun pertama dari mula sijil anda, syarikat Takaful mempunyai hak untuk menolak Surat Jaminan anda untuk melakukan siasatan terlebih dahulu terhadap penyakit yang berkaitan.

 

Jika ditolak, adakah penyakit tersebut tidak akan dilindungi oleh syarikat Takaful?

 

Syarikat Takaful perlu melakukan siasatan terlebih dahulu bagi memastikan penyakit tersebut adalah penyakit yang dilindungi dan bukan penyakit sedia ada (existing illness).

 

Jika didapati penyakit tersebut adalah baru dan boleh dilindungi, syarikat Takaful akan bayar semula semua kos rawatan yang telah dilakukan mengikut had kad perubatan anda.

Sekarang anda faham, walaupun sudah mencarum lebih setahun, kad perubatan anda masih susah lagi untuk digunakan terutama untuk penyakit melibatkan organ dalaman, darah, ENT & penyakit kritikal.

 

Tetapi, ini bukan bermakna dalam tempoh 2 tahun anda tidak boleh langsung menggunakan kad perubatan anda. Terdapat beberapa keadaan seperti kemalangan, demam panas, denggi boleh digunakan di hospital swasta.

Pastikan anda mendapat info dan maklumat yang betul dari ejen takaful anda.

Selain daripada Contestable Period ini, antara beberapa sebab Medical Card anda kena reject adalah seperti dibawah:

 

 

1. Tidak melepasi tempoh menunggu (Waiting Period).

2. Sijil Takaful sudah lapsed akibat dari tidak mencarum.

3. Sijil takaful pernah mohon GL dan declined, tetapi tiada tindakan susulan untuk menutup kes tersebut.

 

 

Anda boleh minta bantuan dari ejen anda untuk mengetahui penyakit yang dilindungi dan juga yang tidak dilindungi.

Back to top button