INFO KEWANGAN
Trending

Contoh Pengurusan Kewangan Untuk Mereka Yang Bergaji RM3,000 Sebulan

Dengan gaji RM3,000 sebulan dan tinggal di Lembah Klang, bukanlah satu jumlah yang besar. Tetapi, jika pengurusan kewangan dilakukan dengan baik, tahap kewangan anda mungkin menjadi lebih baik dan boleh hidup lebih selesa.

Pengurusan kewangan yang baik bukan hanya terletak kepada pendapatan yang tinggi tetapi bagaimana wang yang diterima tersebut dibelanjakan.

Kami akan cuba kongsikan contoh pengurusan kewangan yang baik bagi mereka yang bergaji RM3,000 sebulan.

#1 Kereta Pertama Jangan Mahal

Nasihat pertama yang kami boleh berikan untuk mereka yang bergaji RM3,000 adalah cuba elakkan untuk beli kereta secara pinjaman pada peringkat awal terutama kereta yang mahal. Dengan gaji RM3,000 sebulan, anda sebenarnya boleh beli kereta yang mahal seperti Honda Civic, Vios malah mungkin kereta Volkswagen.

Jika pekerjaan anda memerlukan anda menggunakan kereta, cuba cari kereta pada harga yang paling murah. Kos pemilikan kereta sebenarnya bukan sahaja pada bayaran ansuran setiap bulan, malah terdapat banyak lagi kos yang terlibat seperti tol, minyak, maintenance, cukai jalan dan insuran.

Jika anda beli kereta dengan ansuran yang tinggi pada peringkat awal, anda akan mengalami kesukaran untuk memiliki rumah dan membuat simpanan.

Waktu terbaik untuk memiliki kereta adalah selepas anda mempunyai pelan takaful dan simpanan 6 bulan. Pastikan bayaran ansuran pula adalah tidak melebihi 20% dari gaji anda.

Jika gaji anda RM3,000, pastikan bayaran ansuran tidak melebihi RM600. Lagi rendah lagi baik.

#2 Rumah Pertama Untuk Duduk?

Dengan gaji RM3,000 sebulan, anda sebenarnya masih mampu memiliki sebuah rumah di Lembah Klang. Anda mampu untuk memiliki rumah yang berharga RM300,000 ke bawah.

Apa yang perlu anda buat adalah jadikan pembelian rumah sebagai matlamat utama dan cuba dapatkan rumah tersebut dalam tempoh setahun. Jika deposit menjadi masalah, cuba dapatkan rumah yang lebih rendah iaitu RM100,000 ke bawah.

Namun, rumah pertama lebih sesuai jika anda jadikannya sebagai pelaburan kerana ia akan membantu meningkatkan pendapatan pasif setiap bulan. Tetapi, bukanlah satu kewajipan untuk anda bermula dengan pelaburan hartanah. Anda juga boleh beli untuk tinggal sendiri bergantung kepada matlamat kewangan anda.

#3 Takaful Selamatkan Simpanan Anda

Ambil takaful hanya selepas anda memiliki rumah pertama? Atau sebelum memiliki rumah?

Semak dahulu manfaat yang syarikat anda telah beri (jika ada), kemudian hanya ambil beberapa manfaat yang penting untuk anda seperti manfaat kematian, penyakit serius dan lain-lain. Jangan ambil takaful pada kadar yang berlebihan kerana ia akan merugikan dan membebankan anda.

Kadar yang sesuai atau caruman setiap bulan adalah tidak melebihi 10% dari gaji anda. Dengan gaji RM3,000 setiap bulan, pastikan caruman takaful anda tidak melebihi RM300 sebulan.

Anda tidak perlu risau lagi tentang kos perubatan jika berlakunya kemalangan kerana anda sudah mempunyai satu pelan perlindungan pendapatan.

#4 Simpanan
 Menjadi Benteng Terakhir

Simpanan pertama yang anda perlu buat adalah simpanan untuk kecemasan iaitu 3 bulan gaji anda. Dengan gaji RM3,000 sebulan, simpanan kecemasan anda mestilah RM9,000. Simpanan tiga bulan ini wajib untuk anda buat selepas anda mendapat kerja pertama dan cuba kumpul dalam secepat mungkin.

Tujuan membuat simpanan adalah untuk memastikan anda sentiasa dalam keadaan bersedia jika sesuatu yang tidak dijangka berlaku seperti kecemasan, kerosakan barang keperluan, keluarga memerlukan bantuan dan lain-lain.

#5 Pelaburan Tambah Nilai Simpanan

Akhir sekali, rancangan kewangan anda seharusnya meliputi rancangan untuk masa hadapan seperti persaraan, dana pendidikan anak-anak atau kecemasan.

Mulakan dengan pelaburan yang berisiko rendah bagi memastikan anda tidak meletakkan wang anda dalam keadaan berisiko tinggi. Selain itu, pelaburan juga bagi memastikan nilai wang anda tidak susut ditelan inflasi yang semakin meningkat.

Perkongsian diatas adalah sekadar memberi idea dan gambar pengurusan kewangan. Setiap individu mempunyai gaya dan matlamat kewangan yang berbeza.

Admin NK

Seorang penulis kewangan dan pelaburan santai untuk bacaan umum. Peminat setia pelaburan saham dan hartanah.

Related Articles

20 Comments

  1. Nani, rumah yang beli tu bukan tak bayar. Tapi disewakan supaya boleh cover balik duit ansuran. In fact boleh dapat lebih daripada ansuran bulanan kalau bijak target. That's why dalam article ni specifically sebut: "Jangan beli rumah untuk duduk dahulu. Kurang bijak!"

  2. yang ini aku setuju… tulis atas keratas , taip dalam pc , nampak smooth jaa… then ramai la yg x lihat dunia realiti nie .. percaya bulat bulat…

    boleh baca , tetapi belum tentu boleh ikut..
    boleh dengar , tetapi belum tentu boleh buat…
    fikir kan

  3. Penulis pernah berada dalam situasi yang sama. Dia sewakan rumah yang dibeli, satu bilik dia duduk free. Bukan semua orang boleh ikut cara dia. Boleh awak fikir cara lain?

  4. Sewa bulanan mmg lebih dari ansuran…tp ada cukai pintu,cukai penyelenggaraan dan saluran najis pun berbayar…….yg mampu pun jadi tak mampu…Renungkanlah…

  5. Ramai orang dah buktikan boleh buat macam di atas. Yg penting plan anda tersusun dan perlukan sedikit pengorbanan. Berhenti bagi alasan dan bertindak sekarang.

  6. stop being typical malay! hidup dlm alasan! nak senang kemudian hari, kena la berkorban dulu.. pttla golongan yg mkn dedak, terus jek hrp org bg dedak tok hdup.. adoyai!

  7. "Rumah pertama (pelaburan) : RM0 (Pastikan kadar sewa melebihi bayaran ansuran)"
    Macam menganiaya orang ja.

  8. Kalau tak mampu buat at least janganlah condem pula. Kau baca dam simpan ajela kalau banyak bunyi pon. Benda ni ilmu. Dengan ilmu pon korang ego ada hati nak hidup kat lembah klang? Goblok

  9. 3000 is gross or nett. klo gross then nett ialah 3000-11%[EPF]
    So nett pay = 2670
    rumah = 250k monthly around 1700
    kereta = 600

    so ada balance 2670-1700-600 = RM370

    Ni x kira initial payment utk depo rumah n legal fees – stamping fees etc..

    dpt sewakan rumah 2000… ada additional 300.. daily perbelanjaan?

    klo salah kira. bg guidance k..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Back to top button