
Pada 29 Jun 2021 , IPO syarikat Nestcon Berhad pada hari pertama dibuka pada harga RM0.30 lebih tinggi dari harga tawaran iaitu RM0.28.
Manakala harga tertinggi dicatatkan semalam adalah RM0.39 iaitu hanya 32% lebih tinggi dari harga tawaran dan ditutup pada harga RM0.32.
Tawaran saham yang dibuka adalah berjumlah 160.96 juta saham baru telah mendapat permintaan yang tinggi semasa tawaran dibuka iaitu sebanyak 22,673 permohonan dengan jumlah saham sebanyak 524 juta.
Syarikat Netscon Berhad adalah sebuah syarikat penyedia perkhidmatan pembinaan bangunan dan infrastruktur.

Masih terdapat beberapa syarikat yang menyertai IPO seperti Yenher Holdings Berhad & IGB Commercial Real Estate. Anda boleh beli IPO tersebut melalui online banking dan juga melalui MITI.