SAHAM
Trending

(IPO) Hari Pembukaan Pekat Group Untung Hampir 200%

Pada 23 Jun 2021 semalam, IPO syarikat Pekat Group pada hari pertama dibuka pada harga RM0.54 lebih tinggi dari harga tawaran iaitu RM0.32.

Manakala harga tertinggi dicatatkan semalam adalah RM0.93 iaitu hampir 200% lebih tinggi dari harga tawaran dan ditutup pada harga RM0.815.

Tawaran saham yang dibuka adalah berjumlah 32.20 juta saham baru telah mendapat permintaan yang tinggi semasa tawaran dibuka iaitu sebanyak 34,963 permohonan dengan jumlah saham sebanyak 2.5 billion.

Syarikat Pekat Group menjalankan perniagaan berkaitan dengan penyedia solar fotovoltan (PV) dan perlindungan kilat dan pembuniaan (ELP).

Masih terdapat beberapa syarikat yang menyertai IPO seperti Netscon, Ramssol Group Berhad, Yenher Holdings Berhad & IGB Commercial Real Estate. Anda boleh beli IPO tersebut melalui online banking dan juga melalui MITI.

Admin NK

Seorang penulis kewangan dan pelaburan santai untuk bacaan umum. Peminat setia pelaburan saham dan hartanah.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Back to top button