
Saham IPO Nestcon Berhad akan disenaraikan di Bursa Malaysia pada 8 Jun 2021
Nama Syarikat : Nestcon Berhad
Tarikh Permohonan : 8 Jun 2021 – 17 Jun 2021
Harga Tawaran : RM0.28
• Jenis Perniagaan
Penyedia perkhidmatan pembinaan bangunan dan infrastruktur
• Laporan Kewangan (2017 – 2020)
Berdasarkan rekod laporan kewangan, pendapatan kasar (Revenue) meningkat dari tahun 2017 sehingga 2020. Begitu juga dengan keuntungan sebelum cukai / Profit Before Tax (PBT) yang dilihat semakin meningkat.
• Anggaran Pendapatan Sehingga 2025
Gambar diatas adalah anggaran pendapatan dan kadar pertumbuhan syarikat sehingga tahun 2025.
• Penggunaan Dana IPO
Jumlah keseluruhan Dana IPO – RM45.1juta
RM6juta (13.3%) – Kemudahan sistem binaan berindustri (IBS)
RM6.6juta (14.7%) – Membeli mesin dan peralatan
RM1juta (2.2%) – Menaiktaraf sistem dan perisian
RM16.5juta (36.6%) – Pembayaran balik pinjaman
RM10.9Juta (24.3%) – Modal Kerja
RM4Juta (8.9%)- Menampung perbelanjaan penyenaraian
Jika anda berminat untuk membeli IPO syarikat ini, anda boleh beli melalui beberapa cara seperti
• MELALUI WEBSITE MITI
https://sahamonline.miti.gov.my
Syarat Utama :
1. Warganegara Malaysia;
2. Berstatus Bumiputera;
3. Berumur 18 tahun ke atas; dan
4. Mempunyai sumber kewangan yang mencukupi sekurang- kurangnya RM1,000.
• MELALUI ONLINE BANKING
Affin Bank Berhad
Alliance Bank Malaysia Berhad
AmBank (M) Berhad
CIMB Bank Berhad
Malayan Banking Berhad
Public Bank Berhad
RHB Bank Berhad
Baca Prospektus IPO : BURSA
One Comment