MOTIVASI
Trending

‘Kerja Takde Gaji Basic, Tapi Saya Tetap Pilih Jadi Ejen Takaful Sebab…’ Ex-banker

“Kerja sebagai Ejen Takaful ni ada masa depan ke? Macam mana nak bagi anak bini makan?

Azlandin, seorang Ejen Takaful memberitahu bahawa ini antara soalan yang sering diterimanya ketika masa mula-mula menceburi bidang ejen takaful.

Kami kongsikan sesi temubual bersama Tuan Azlandin seorang Ejen Takaful yang sudah berpengalaman hampir 5 tahun.

Beliau yang merupakan bekas seorang pegawai bank membuat keputusan untuk menukar kerjaya sebagai seorang Ejen Takaful.

SOALAN : 

Kenapa anda memilih untuk bertukar kerjaya dari seorang pegawai bank ke Ejen Takaful?

AZLANDIN :

Sebab utama saya memilih untuk menjadi seorang Ejen takaful adalah kerana masa kerja yang Flexible.

Saya boleh mengurus masa sendiri serta memilih waktu cuti sendiri.

Lagi menarik, saya tak perlu masuk ke office setiap hari melainkan hari tertentu sahaja.

SOALAN : 

Bagaimana dengan pendapatan atau gaji sebagai seorang Ejen takaful?

AZLANDIN :

Seperti yang kita tahu, kerjaya sebagai seorang Ejen Takaful tidak memberikan gaji tetap atau Basic. Memang 100% dari komisyen dan bonus je.

Cuma, banyak syarikat takaful sekarang sudah mula menawarkan Elaun setiap bulan dari RM3,000 hingga RM9,000. Jadi, tak perlu risau jika komisyen yang diterima adalah sedikit.

Selain itu, lagi best adalah komisyen untuk Ejen Takaful ini akan diterima selama untuk 6 tahun.

Masa mula-mula kerja memang perlu kerja kuat dan saya tahu sebagai seorang ejen takaful, saya perlu kerja lebih, untuk dapatkan pendapatan yang lebih.

Bersama sijil takaful pelanggan sedia untuk diterima.

SOALAN : 

Bagaimana tuan mencari pelanggan terutama musim PKP ini?

AZLANDIN :

Zaman sekarang lebih mudah untuk mencari pelanggan sebab kebanyakan rakyat Malaysia sudah mempunyai kesedaran yang tinggi terhadap Takaful ini.

Ada juga client saya yang baru mula bekerja, terus mencari Pelan Perlindungan Takaful sebagai langkah pertama perancangan kewangan.

Musim PKP ini mungkin ramai yang terkesan, tetapi saya sudah biasa dengan mencari pelanggan melalui platform Social Media. Contohnya seperti Facebook, Instagram dan Twitter yang banyak membantu saya mencari pelanggan baru setiap hari.

Saya juga gemar mencari pelangggan yang jauh dari tempat saya kerana saya boleh pergi berjalan-jalan luar negeri. Bekerja sambil bercuti bersama keluarga.

SOALAN : 

Selain dari Masa Kerja yang Flexible & Pendapatan yang berkait rapat dengan usaha, apa lagi faktor penting tuan memilih kerjaya Takaful ini?

AZLANDIN :

Satu perkara yang saya rasa sekarang seronok sangat adalah saya tidak lagi pening kepala dengan boss atau rakan sekerja.

Saya lebih selesa menjalankan perniagaan takaful ini tanpa perlu pening kepala dengan orang lain. Paling penting, mendapat support dari Agensi Takaful sendiri.

 

Support dan Training dari Agency banyak membantu walaupun musim PKP

SOALAN : 

Apakah nasihat yang tuan Azlandin boleh berikan kepada individu diluar sana yang ingin menceburi kerjaya sebagai Ejen Takaful ini

AZLANDIN :

Nasihat saya adalah supaya merancang terlebih dahulu tahap kewangan serta dapatkan maklumat yang betul dari Agensi yang anda ingin sertai.

Kerja sebagai Ejen Takaful ini tidaklah terlalu mudah tetapi jika dibuat dengan cara yang betul serta mendapat support yang banyak dari Agensi, kerja menjadi lebih mudah.

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan atau berminat menceburi kerjaya sebagai Ejen Takaful, anda boleh hubungi Tuan Azlandin.

Admin NK

Seorang penulis kewangan dan pelaburan santai untuk bacaan umum. Peminat setia pelaburan saham dan hartanah.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Back to top button