INFO KEWANGAN
Trending

Labur RM500 Sebulan Boleh Jadi Jutawan Dalam Masa 30 Tahun?

Boleh ke simpan RM500 sebulan dan jadi jutawan dalam masa 30 tahun? Jutawan disini bermaksud mempunyai simpanan tunai minimum RM1,000,000.

 

Menjawab soalan diatas, kami tunjukkan bagaimana RM500 berkembang menjadi RM1,000,000.

Maklumat pelaburan adalah seperti dibawah:

Dengan modal awal sebanyak RM5,000 & pelaburan RM500 setiap bulan, jumlah terkumpul selepas 30 tahun adalah seperti berikut:

Selepas 30 tahun, pelaburan terkumpul adalah RM1,118,169

Nampak menarik? Tapi, baca dahulu beberapa perkara penting dibawah.

1. Jumlah pelaburan terkumpul RM1,000,000 akan berjaya jika purata kadar keuntungan pelaburan tersebut adalah 10%.

 

Jadi, kena pastikan pelaburan tersebut adalah satu bentuk pelaburan yang berpotensi tinggi dengan kadar pulangan yang tinggi.

 

2. Pelaburan setiap bulan adalah RM500 secara tetap dan berterusan. Jika terdapat 1 bulan yang tertinggal, jumlah pelaburan tersebut akan berkurangan.

 

3. Selain itu, perlu ambil kira pelaburan setiap bulan adalah tidak boleh dibawa keluar. Jika dibawa keluar, maka jumlah akhir pelaburan adalah tidak sama seperti yang tidak diinginkan.

Pelaburan diatas adalah tidak mustahil untuk anda ikut dan amalkan. Cuma perlu ilmu yang lebih dalam pelaburan dan kewangan.

Apakah pelaburan yang boleh beri anda kadar keuntungan sebanyak 10% setahun?

 

Setiap pelaburan di Malaysia tiada yang boleh beri jaminan untuk dapat keuntungan 10% setahun, tetapi tidak mustahil jika anda melabur di tempat yang betul.

 

Paling penting, jangan sesekali melabur di tempat skim cepat kaya.

Back to top button