HARTANAH
Trending

MLTT Lebih Menguntungkan Waris Berbanding MRTT

MLTT adalah salah satu konsep perlindungan pinjaman perumahan bagi memastikan pinjaman tersebut dilunaskan selepas berlaku kematian.

Kenapa perlu ambil takaful/insuran untuk pembiayaan perumahan anda?

Supaya waris anda tidak perlu menanggung hutang tersebut jika sesuatu berlaku terhadap diri anda.

Terdapat dua jenis takaful/insuran untuk pembiayaan perumahan iaitu Mortgage Level Term Takaful (MLTT) dan Mortgage Reducing Term Takaful (MLTT). Kedua-dua jenis insuran ini adalah patuh syariah.

Berikut adalah beberapa perbezaan antara MLTT dan MRTT.

Mortgage Level Term Takaful (MLTT)

MLTT mempunyai manfaat di mana Takaful tersebut akan menanggung berdasarkan jumlah pembiayaan yang awal.

Contohnya :

Jumlah pembiayaan rumah : RM200,000
Selepas 10 tahun, baki pembiayaan : RM150,000

Jika berlaku kematian terhadap individu tersebut, pihak syarikat Takaful akan menanggung jumlah sebanyak RM200,000 walaupun baki hanya tinggal RM150,000.

Dalam kes di atas, pihak Takaful akan memberikan wang sejumlah RM200,000 kepada waris atau penama dan menjadi tanggungjawab penerima tersebut untuk melunaskan baki pembiayaan tersebut kepada pihak bank.

Sumber Gambar : Fine&Country

Takaful jenis ini lebih menguntungkan kerana bukan sahaja dapat menyelesaikan baki hutang tertunggak tetapi juga waris akan menerima wang pampasan tambahan.

Namun, jumlah caruman yang perlu dibayar juga adalah sedikit tinggi dan biasanya perlu dibayar setiap tahun. Untuk takaful jenis ini, individu tersebut biasanya perlu menggunakan wang sendiri kerana tidak termasuk dalam pembiayaan perumahan.

MLTT juga boleh di pindah milik ke unit rumah yang lain jika anda mahu menjual rumah sedia ada.

Mortgage Reducing Term Takaful (MRTT)

MRTT pula menyediakan manfaat di mana Takaful ini hanya menanggung jumlah hutang yang tertunggak sahaja.

Contohnya :

Jumlah pembiayaan rumah : RM200,000
Selepas 10 tahun, baki pembiayaan : RM150,000

Jika berlaku kematian terhadap individu tersebut, pihak syarikat Takaful hanya akan menanggung jumlah baki pembiayaan iaitu RM150,000.

Untuk Takaful ini, fungsi utama adalah untuk menanggung baki pembiayaan dengan pihak bank tanpa memberikan pampasan tambahan kepada waris.

Pihak bank biasanya menawarkan pembiayaan tambahan untuk Takaful ini. Selain itu, bayaran caruman pula hanya dibayar sekali sahaja.

MLTT atau MRTT??

Anda mungkin boleh mengambil MRTT kerana caruman tersebut boleh dimasukkan ke dalam pembiayaan hartanah. Jadi, anda tidak perlu mengeluarkan wang tambahan.

Anda boleh mengambil MLTT jika anda mahu jual rumah tersebut dalam masa terdekat atau anda mahu refinance rumah tersebut. Anda boleh pindahkan takaful ini ke unit rumah anda yang lain atau baru. Selain itu, waris juga berpeluang untuk menerima manfaat pampasan tambahan.

Yang Mana Menguntungkan Waris?

Sudah tentu MLTT kerana perlindungan yang diberikan adalah berdasarkan kepada jumlah awal pinjaman. Jadi, jika berlaku kematian, waris akan terima rumah dan juga lebihan pampasan.

Lebihan pampasan yang diterima boleh digunakan untuk urusan pembahagian harta pusaka rumah tersebut.

Admin NK

Seorang penulis kewangan dan pelaburan santai untuk bacaan umum. Peminat setia pelaburan saham dan hartanah.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Back to top button