INFO KEWANGAN
Trending

Berapa Nilai Kekayaan Anda? Ini Cara Kira Untuk Tahu Nilai Kekayaan Sebenar Anda

Salah satu cara untuk menilai tahap kekayaan atau nilai bersih anda adalah melalui Penyata Nilai Bersih atau Net Worth Statement.

Senarai orang terkaya di dunia juga menggunakan kaedah ini untuk mengira kekayaan sebenar mereka.

Melalui cara ini, anda bukan sahaja dapat menilai tahap kekayaan tetapi juga dapat mengetahui jika nilai anda adalah positive atau negatif.

Berikut adalah cara-cara untuk anda menilai kekayaan anda. 

Langkah 1 : Senaraikan Semua Aset

Senaraikan semua aset yang anda miliki serta nilai semasa seperti berikut:

  1. Tunai di tangan & Bank
  2. Nilai pelaburan semasa
  3. Nilai rumah
  4. Nilai kereta
  5. Barang berharga seperti emas
  6. Nilai tunai takaful
  7. Simpanan KWSP.

Pastikan anda tahu nilai semasa semua aset anda.

Contoh :

Tunai di tangan & Bank – RM10,000

Nilai rumah – RM150,000

Nilai kereta – RM30,000

Simpanan KWSP – RM40,000

Jumlah Aset : RM240,000

Langkah 2 : Senaraikan Semua Hutang

Senaraikan juga semua hutang yang anda miliki seperti berikut:

  1. Hutang kereta
  2. Hutang Rumah
  3. Hutang Peribadi
  4. Hutang Kad Kredit

Contoh :

Hutang kereta – RM32,000

Hutang rumah – RM90,000

Hutang peribadi – RM20,000

Jumlah Hutang : RM142,000


Langkah 3 : Jumlah Aset – Jumlah Tunai

[Jumlah Aset] – [Jumlah Hutang]

RM240,000 – RM142,000 = RM98,000

Jumlah diatas menunjukkan nilai bersih dan kekayaan anda.

Sudah kira kekayaan anda? Positif atau negatif?

Admin NK

Seorang penulis kewangan dan pelaburan santai untuk bacaan umum. Peminat setia pelaburan saham dan hartanah.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Back to top button