
Semakin mahal harga kereta, semakin murah harga rumah yang anda layak beli.
Langkah 3 : Kira Kelayakan Sebenar
Kelayakan yang kami maksud dekat sini bukan kelayakan pinjaman kereta, tetapi kelayakan sebenar anda.
Maksudnya anda perlu kira sekali kos-kos sampingan lain seperti minyak, tol dan lain-lain lagi.
Formula asas adalah bayaran bulanan mestilah hanya 10% dari gaji anda.
Jika gaji anda RM3,000 sebulan, ini bermakna anda hanya layak beli kereta yang mana bayaran bulanan adalah RM300.
Kenapa hanya 10%?
Sebab utama adalah formula ini tidak mengambil kira kos sampingan lain yang boleh mencecah 20% dari gaji anda iaitu sehingga RM600 setiap bulan.
RM600 setiap bulan itu adalah untuk bayaran minyak, tol, maintenance, road tax , insuran dan lain-lain lagi.
Ini bermakna, dengan gaji RM3000 setiap bulan, anda sudah belanjakan 30% iaitu RM900 sebulan hanya untuk kereta anda.
Cuba lihat jadual dibawah, anda boleh nilai kereta yang anda bakal beli.
Jika anda mahu kurangkan bayaran bulanan, anda boleh naikkan jumlah deposit.
Langkah 4 : Pilih Kereta Baru Atau Terpakai?
Apabila anda sudah tahu berapa harga kereta yang anda layak beli, sekarang adalah masa untuk anda pilih kereta.
Anda boleh pilih sama ada untuk beli kereta baru atau kereta terpakai.
Kelebihan jika beli kereta baru adalah kos kerosakan agak rendah kerana masih baru dan dalam warranty.
Manakala jika anda beli kereta terpakai, risiko untuk rosak adalah tinggi jika anda tidak mahir dalam bab penjagaan kereta.
TIP : SEMAKIN BANYAK DEPOSIT YANG ANDA BAYAR, SEMAKIN SEDIKIT INTEREST YANG ANDA AKAN BAYAR.