
Pada 19 Julai 2021, IPO terbesar pada tahun ini iaitu syarikat CTOS Digital Berhad ditutup pada harga RM1.62 lebih tinggi dari harga tawaran iaitu RM1.10.
Manakala harga tertinggi dicatatkan semalam adalah RM1.76 iaitu hampir 60% lebih tinggi dari harga tawaran RM1.10.
Tawaran saham yang dibuka adalah berjumlah 220 juta saham baru telah mendapat permintaan yang tinggi semasa tawaran dibuka iaitu sebanyak 51,494 permohonan dengan jumlah saham sebanyak 1.26 billion.
Syarikat CTOS Digital Berhad menjalankan perniagaan penyediaan laporan kredit kewangan kepada individu dan syarikat.
