HARTANAH

Sediakan ‘Loan Profile’ Sebelum Apply Loan Rumah. Dokumen Lengkap Lebih Mudah Lulus.

Apabila anda ingin memohon pinjaman perumahan dari pihak bank, salah satu perkara paling penting adalah penyediaan dokumen yang lengkap.

Tugas kita sebagai pemohon mestilah memudahkan tugas pegawai bank yang bertugas untuk memproses permohonan tersebut.

Kami ingin kongsikan isi kandungan yang penting bagi melengkapkan ‘Loan Profile’ anda sebagai rujukan.

#1 Pengiraan DSR (Debt Services Ratio)

Pengiraan DSR ini sangat penting bagi memastikan kita layak untuk mendapatkan pinjaman perumahan tersebut. Setiap bank mempunyai kadar DSR yang berbeza bagi menilai tahap kelayakan pinjaman anda. Melalui DSR ini, anda sudah boleh menilai dari awal sama ada pinjaman perumahan akan diluluskan atau tidak.

#2 Personal Profile (Maklumat Peribadi)

Pihak bank biasanya akan menyediakan borang permohonan pinjaman untuk anda isikan maklumat penting. Anda juga boleh sediakan sendiri maklumat penting seperti alamat, npmbor telefon, pengalaman kerja, pendidikan dan juga maklumat rumah yang ingin dibeli.

#3 Penyata Gaji / Salary

Jika gaji anda yang anda terima adalah tetap setiap bulan, lebih mudah untuk dinilai. Tetapi, jika gaji tidak tetap seperti pendapatan dari komisyen, sebaiknya anda sediakan penyata gaji setiap bulan bagi memudahkan urusan permohonan pinjaman tersebut. 

Penyata gaji tersebut akan memudahkan pegawai bank melakukan semakan dengan penyata bank setiap bulan berdasarkan pendapatan yang masuk.

#4 Pendapatan Sewa / Rental

Jika anda mempunyai beberapa buah rumah sewa, siapkan juga penyata pendapatan dari rumah sewa setiap bulan. Penyata ini memudahkan untuk pengiraan pendapatan tambahan dan sebagai sokongan jika pendapatan asas anda sukar untuk mendapatkan pinjaman perumahan.

#5 Pinjaman Sedia Ada / Commitment

Pihak bank biasanya akan melihat komitment bulanan anda melalui Lepora CCRIS untuk pengiraan bayaran bulanan sedia ada. Anda boleh memudahkan kerja mereka dengan menyediakan senarai pinjaman atau hutang yang anda miliki.

#6 Lain-Lain

Perkara lain juga penting untuk dijadikan sebagai dokumen tambahan adalah seperti Cukai Pendapatan (Income Tax) dan juga simpanan sama ada dalam akaun simpanan, ASB, Tabung Haji atau lain-lain.

Admin NK

Seorang penulis kewangan dan pelaburan santai untuk bacaan umum. Peminat setia pelaburan saham dan hartanah.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Back to top button