INFO KEWANGAN
Trending

Anak Boros Berpunca Dari Ibu Bapa?

Pepatah Melayu ‘meluntur buluh biarlah dari rebungnya’ sangat sesuai digunakan di dalam amalan menabung. Apabila anak anda berusia sekitar 5 hingga 6 tahun, ianya adalah usia yang sangat sesuai untuk mendidik cara pengurusan wang yang baik. Ibu bapa memainkan peranan yang sangat penting dalam perlaksanaan amalan menabung kepada anak anak. Berikut adalah langkah untuk mengalakkan anak menabung:

  • Buka Akaun Bank

Ini adalah langkah pertama yang sangat penting. Ibu bapa hendaklah membawa anak-anak mereka untuk membuka akaun bank mereka sendiri. Ianya adalah normal bagi kanak-kanak untuk merasakan diri mereka ‘dah besar’dan pandai berdikari pada usia berikut. Oleh itu, membuka akaun bank akan membuatkan mereka berasa bertanggungjawab untuk memasukkan duit di dalam bank. Ianya juga menjadikan mereka lebih bersemangat apabila mereka melihat nama mereka diatas buku akaun bank.

  • Menyediakan Tabung

Ini adalah perkara basic dalam mendidik anak menabung. Walaupun nampak remeh, namun penyediaan tabung yang cantik dan unik membuatkan kanak kanak lebih teruja untuk menabung. Antara tips untuk pemilihan tabung kanak kanak adalah dengan menggunakan tabung lutsinar atau transparent supaya kanak kanak nampak jumlah tabungan mereka.

Ibu bapa juga boleh mengajak anak melaksanakan ‘misi memenuhkan tabung’. Di dalam misi ini, elakkan penggunaan duit kertas dan hanya menggunakan syiling supaya mereka menjadi lebih gigih dalam menyimpan serta memenuhkan tabung. Duit tabung itu kemudiannya disimpan ke dalam bank bersama anak untuk mengajar tempat simpanan yang selamat.

  • Beri Wang Saku/ Duit Upah

Ibu bapa juga perlu memberikan wang saku kepada anak-anak sebagai pendapatan pertama mereka. Ketika memberi wang saku, ibu bapa boleh mengajar anak untuk amalan ‘simpan dahulu baru belanja’.

 Jika duit itu dibuat belanja kemudian menabung, kemungkinan besar jumlah tabungan akan menjadi sikit kerana terlebih belanja. Dengan amalan ini, mereka akan lebih cermat dalam menggunakan wang dan bijak menabung.

Ibu bapa juga boleh memberi duit dalam bentuk ‘upah’ kepada anak anak sekiranya mereka berjaya melakukan sesuatu perkara. Sebagai contoh, jika mereka kemas katil, buat homework dan rajin, maka mereka akan mendapat upah sebanyak Rm1.

  • Tetapkan Matlamat Dan Sasaran

Kanak-kanak mudah berputus asa dan bosan. Oleh itu ibu bapa hendaklah bijak mengawal perasaan anak dengan meletakkan sasaran untuk duit tabungan anak. Sebagai contoh, ibu bapa membawa anak mereka ke kedai mainan dan mencari barang yang diingini anak. Harga barang mainan yang ingin dibeli dijadikan sebagai matlamat menabung.

Anak akan menjadi semangat untuk mengumpulkan duit sekaligus mengajar mereka untuk tidak berputus asa. Sekiranya mereka berasa bosan dan hampir putus asa, ibubapa hendaklah memberikan dorongan sepenuhnya.

  • Ajar Buat Timeline

Anak juga hendaklah diajar untuk membuat timeline kewangan mereka, Perkara ini sering diabaikan oleh ibu bapa kerana menganggap ianya agak susah. Namun ianya adalah sangat mudah jika diterangkan dengan betul seperti perbualan dibawah:

“Harga mainan tu Rm20, kalau Ali nak beli mainan Rm20 tu, Ali kena simpan duit Rm1 sehari. Lepas 20 hari, barulah duit Ali cukup dan boleh beli mainan yang Ali nak”

Dengan penerangan ini, anak tersebut akan menjadi lebih berdisiplin untuk mengikut masa dan jumlah yang dinyatakan. Mereka juga akan lebih tekun menabung supaya jumlah yang diingini dicapai pada tarikh yang dianggarkan.

Secara ringkasnya, menabung adalah sangat penting dan hendaklah dididik sejar dari kecil. Tanpa amalan menabung, seseorang boleh menjadi boros dan tidak bijak menguruskan kewangan mereka.

Nur Izati Zaidi

Nur Izati, a highly passionate history graduated student from National University of Malaysia.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Back to top button