TIP JIMAT

Boleh Travel Walaupun Bukan Orang Kaya. Banyak Yang Boleh Kita Jimat Kalau Guna Tips Ini.

Kebanyakkan masalah yang sering dihadapi pelancong apabila mereka tidak mempunyai wang yang cukup. Ini mungkin disebabkan oleh cas-cas yang mahal yang dikenakan bagi kos-kos semasa percutian itu. Tetapi perkara tersebut boleh diatasi.

Walaupun situasi covid-19 yang kita hadapi sekarang tidak membenarkan kita untuk pergi travel sana sini, tetapi tidak salah kalau kita merancang trip travel kita terlebih dahulu kan.

Berikut adalah perkongsian saya mengenai perkara-perkara yang boleh diamalkan untuk berjimat semasa travel:

  1.  Bercuti Berkumpulan.

Buat yang masih bujang, ini adalah cara yang terbaik bagi menjimatkan kos anda. Lagi ramai orang, lagi banyak anda dapat jimat. Macam saya, saya memang akan cari kawan-kawan apabila untuk bercuti. Salah satu kebaikannya memanglah jimat sebab semua kos kalau boleh nak kongsi dan paling best adalah trip kita tidak sunyi jika ada kawan-kawan kan. Contoh kalau kita travel seorang diri RM 500 untuk trip di dalam negara mungkin tidak cukup tetapi jika bersama rakan-rakan,biasanya bagi saya RM 500 sudah memadai untuk bercuti selama beberapa hari.

  1. Cari Diskaun & Promosi

Survey dan kajian perlu dilakukan untuk mencari diskaun dan promosi yang terdapat di tempat pelancongan. Tips ni juga saya selalu amalkan. Saya akan cari tempat-tampat penginapan termurah di kawasan yang saya hendak pergi kerana bukan nak stay lama pun, asalkan dapat tempat yang selesa untuk berehat sahaja. Tapi kalau memang nak cari tempat yang grand, boleh survey dekat laman-laman web macam agoda, trivago dan lain-lain, mudah sekarang. Biasanya kita boleh jimat RM 100 atau lebih dari apa yang kita perlu seperti contoh jika kita membuat survey di laman web-laman web terlebih dahulu.

  1. Kawal Pemakanan, Beli Berhemah, Buat Sendiri

Belanja makanan pun boleh dikurangkan jika anda bijak mengurus. Bagi saya tips ini sangat berguna. Macam contoh, jika kita beli barang dekat airport atau R&R, memang akan lagi mahal dari beli barang dekat kedai biasa, jadi kenapa nak berbelanja lebih. Boleh sahaja kalau mahu cari makanan, buang tangan atau yang suka beli belah untuk pergi kat tempat-tampat atau kedai yang local. Biasanya barang-barang di tempat ini akan berbeza RM 10 hingga RM 50 dari harga biasa. Di samping berjimat, kita oleh bantu orang tempatan di tempat tersebut.

Dan lagi satu, bagi saya jika mahu cari tempat penginapan, saya lebih suka untuk stay di homestay sebab banyak perkara boleh jimat contohnya kita oleh masak sendiri ataupun boleh simpan stock makanan ikut kepeluan kita sahaja, kan mudah begitu. Contohnya, kita akan gunakan sekurang-kurangnya RM 10 untuk sekali makan, tetapi jika masak sendiri, RM 10 boleh guna untuk 2 atau 3 hari punya makanan.

  1. Muat Turun Aplikasi Mesra Pelancong

Aplikasi umum seperti Trip Advisor atau Agoda.com ataupun aplikasi setempat akan memudahkan perjalanan anda, elakkan kekeliruan dan kerugian masa dan tenaga, kadang-kala wang anda juga.

Tips ini saya selalu guna jika mahu travel ke tempat yang saya tidak biasa. Ini kerana kebanyakkan tempat terutamanya tempat tumpuan pelancong, ramai scammer yang akan menipu pelancong-pelancong luar. Jadi lebih baik untuk cari sendiri maklumat tentang tempat kita mahu pergi di aplikasi-aplikasi ini. Ini kerana biasanya ramai yang menyamar menjadi tour guide di kawasan-kawasan menarik akan mengenakan cas tambahan seperti RM 10 atau RM 20 malah lebih untuk mendapatkan info dari mereka.

  1. Tinggal di Hotel Bajet

Bagi pelancong yang ingin menginap dalam beberapa hari sahaja anda boleh tinggal di hotel bajet yang lebih murah dan sangat senang untuk dicari.

Tips ini memang saya selalu gunakan. Macam di zaman sekarang, mana-mana tempat ada hotel Oyo kan. Jadi lebih mudah untuk kita booking hotel kita semasa travel. Hotel bajet ini juga selalu ada di kawasan-kawasan yang luar sedikit dari bandar. Jadi bagi saya memang jimat kalau menginap disini kerana mudah, murah dan selesa. Kita hanya perlukan RM 50 biasanya untuk menginap di hotel budget untuk semalam berbanding RM 100 keatas bagi di hotel-hotel terkenal. Jadi ia sememangnya menjimatkan.

  1. Percutian Bebas

Jika ingin jimat semasa travel, elakkanlah travel dengan pakej-pakej pelancongan. Ini kerana jika kita amalkan konsep percutian bebas ini, banyak perkara kita boleh jimatkan dan percutian kita juga tidak terikat dengan peraturan dan masa seperti yang terdapat di dalam pakej pelancongan. Bagi saya, saya lebih gemar untuk travel secara bebas kerana stress memang hilang kerana boleh buat apa yang kita nak ikut kemahuan kita. Bukankah itu yang kita mahu semasa travel kan. Biasanya jika kita bercuti dengan menggunakan agen pelancongan, sekurang-kurangnya kita akan memerlukan RM 300 dan keatas untuk percutian di dalam negara dan ianya hanya untuk penginapan dan aktivti yang telah dihadkan. Tetapi jika bercuti dengan bebas, RM 300 kita boleh gunakan untuk bermacam-macam lagi mengikut kemahuan kita.

  1. Pergi Luar Waktu Puncak

Tips ini berguna dan releven bagi orang-orang bujang macam saya. Ini kerana kebanyakkan tempat menarik memang akan murah harganya pada hari biasa berbanding semasa waktu cuti umum. Jadi memang saya akan cari masa-masa untuk cuti dan travel pada hari-hari biasa dan juga boleh elakkan kita tersekat di dalam kesesakan orang ramai semasa cuti umum. Biasanya kita boleh jimat sehingga RM 50 hingga RM 200 jika kita bercuti di luar waktu puncak. Ini kerana kebanyakkan tempat pelancongan akan mengenakan cas yang lebih tinggi pada waktu cuti-cuti umum.

Jadi bagi yang suka travel, backpackers dan bercuti dalam dan luar negara, banyak perkara yang kitab oleh jimatkan kalau amalkan perkara yang bijak. Jadi di harap perkongsian saya ini boleh membantu orang-orang biasa seperti saya ini untuk pergi bercuti dan travel ikut kemahuan sendiri.

SUMBER : perkongsian dari Facebook Badrol Amin

Badrul

Badrul Amin, a history graduate from the National University of Malaysia and likes to study current issues.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Back to top button