INFO KEWANGAN
Trending

Labur RM300 Sebulan Untuk Dapatkan RM1 Juta Dalam Masa 30 Tahun. Bagaimana?

Mungkin bagi sesetengah orang tidak dapat menerima bahawa RM300 yang disimpan atau dilaburkan selama 30 tahun boleh menjadi RM1juta.

Jika disimpan di dalam akaun biasa tanpa ada dividen yang tinggi, mungkin tidak akan dapat angka sebesar RM1 juta tersebut.

Berikut adalah cara dan pengiraan untuk dapatkan RM1 juta tersebut:

Modal awal buka akaun : RM1,000
Simpanan bulanan         : RM300 
Tempoh                           : 30 tahun
Kadar keuntungan.         : 12%

 Jumlah terkumpul selepas 30 tahun (future value) adalah RM1,012,539.60. Namun terdapat beberapa syarat yang anda perlu tahu sebelum pelaburan di atas berjaya: 

1. Anda mestilah membuat simpanan secara tetap RM300 tanpa ada tertinggal selama 30 tahun.
2. Anda tidak boleh mengeluarkan simpanan tersebut sehingga 30 tahun.
3. Kadar keuntungan secara purata 30 tahun mestilah 12% setahun.

Selain itu, anda cuma perlu sentiasa mengawal dan membuat analisa tentang pelaburan yang dibuat. Tidak banyak dana yang mampu memberi pulangan sebanyak 12% setahun.

Bagaimana pula jika pelaburan anda hanya memberi pulangan purata 10% setahun?

Anda hanya perlu tingkatkan pelaburan bulanan anda kepada RM450 sebulan untuk tempoh masa yang sama. Jumlah terkumpul (future value) akan menjadi RM1,037,056.97.

Pengiraan kelihatan mudah diatas kertas tetapi terdapat pelbagai faktor yang menyebabkan kesukaran rancangan kewangan ini.

Admin NK

Seorang penulis kewangan dan pelaburan santai untuk bacaan umum. Peminat setia pelaburan saham dan hartanah.

Related Articles

One Comment

  1. Simpanan bulanan rm900 selepas 10 tahun mencecah 200k. Boleh ws 0174474556 untuk sy bantu buat plan gandakan simpanan melalui unit trust.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Back to top button