INFO KEWANGAN
Trending

Cara Mudah Membuat Semakan CCRIS Online Semasa Pendemik

Laporan CCRIS ini sangat penting untuk dalam merancang dan menentukan permohonan pinjaman yang kita inginkan samada diluluskan atau ditolak. Membuat semakan ini adalah salah satu langkah utama yang anda tidak boleh abaikan terutamanya ketika merancang kewangan kita di era pendemik Covid-19 ini.

Secara ringkasnya, CCRIS atau nama panjangnya Central Credit Reference Information System ini adalah pangkalan data yang menyimpan semua rekod permohonan dan menunjukkan gambaran penuh kewangan anda yang digunakan oleh institusi kewangan untuk memeriksa sejarah kredit peminjam sedia ada atau bakal peminjam mereka.

Laporan yang diberikan oleh system CCRIS ini akan menunjukkan rekod bayaran bulanan komitmen peminjam dengan institusi perbankan anda. Sistem ini menyimpan rekod anda selama 12 bulan dan ianya sentiasa dikemaskini dari masa ke masa.

Jika rekod dalam CCRIS menunjukkan si pemohon itu mempunyai rekod membayar balik pinjamannya dengan baik, barulah bank akan senang meluluskan permohonan pinjaman. Ini kerana, tanpa ada rekod dalam CCRIS, bank tidak tahu apakah kita seorang pembayar balik pinjaman yang berdisiplin ataupun sebaliknya.

Dengan membuat semakan CCRIS ini, kita dapat mengetahui maklumat tentang:

Kredit kita yang tertunggakRingkasan semua kredit dan pinjaman yang tertunggak.Ini ialah hutang yang belum habis bayar termasuk yang dipinjam secara individu, pinjaman bersama, dan pinjaman perniagaan atau komersial.
Akaun kita yang dibawah pemerhatian khususBerkait dengan pinjaman tertunggak yang bank dah letakkan di bawah pemantauan khas.Pinjaman itu dipantau rapat oleh pihak berkuasa kewangan untuk dapatkan balik pembayaran pinjaman.
Rekod Permohonan kreditSebarang permohonan kredit yang tengah dalam proses, atau yang dah diluluskan dalam 12 bulan lepas.

Bagaimana hendak menyemak CCRIS?

Lopran CCRIS ini boleh didapati secara percuma sahaja. Oleh sebab situasi Covid-19 yang menghadkan urusan seharian terutamanya bagi urusan pejabat, kita masih boleh dapatkan laporan CCRIS ini secara atas talian

Tapi pastikan kita menggunakan lawan web yang sahih dan rasmi semasa membuat semakan ini agar perkara yang tidak diingini mampu dielakkan.

Cara mudah semakan CCRIS atas talian:

  1. Muat turun Borang Permohonan di pautan https://bnm.my/ccrisform dan lengkapkannya.
  2. Setelah borang permohonan itu dilengkapkan, sediakan dokumen-dokumen berikut
    • 1 keping salinan MyKad (depan dan belakang) atau
    • 1 keping salinan Pasport (jika bukan warganegara Malaysia)
    • 1 keling salinan 2 jenis dokumen sokongan lain (contoh: lesen memandu, bil utiliti, penyata akaun bank, penyata kad kredit atau penyata KWSP)
  3. Hantar semua borang lengkap beserta semua dokumen melalui pautan: https://telelink.bnm.gov.my
  4. Laporan CCRIS anda akan diemailkan kepada anda dalam tempoh beberapa hari setelah anda menhantar borang-borang tersebut.

Anda juga boleh mmbuat semakan laporan CCRIS di lawan web rasmi bank negara di pautan https://eccris.bnm.gov.my. Tetapi anda diminta untuk mendaftarnya terlebih dahulu dan membuat log masuk untuk mengakses laporan CCRIS ini secara atas talian.

Sebagai alternatif lain juga, anda boleh membuat semakan laporan CCRIS ini di laman web agensi pelaporan kredit yang disarankan oleh Bank Negara. Tetapi laman web seperti ini memerlukan anda untuk membuat bayaran untuk setiap semakan. Lawan web-laman web yang disarankan adalah seperti:

  1. www.creditbureau.com.my (RM 10.60/semakan)
  2. www.ctoscredit.com.my (RM 24.85/semakan)
  3. www.mycreditinfo.com.my (RM 15/semakan)

Badrul

Badrul Amin, a history graduate from the National University of Malaysia and likes to study current issues.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Back to top button