INFO KEWANGAN
Trending

Dah Habis Shopping Tapi Masih Untung! Macam Mana?

Seronok betul bershopping ni lagi-lagi waktu sale. Bila dah beli baru terasa duit habis. Rupanya, ada je cara untuk mendapatkan untung walaupun dah banyak beli barang, iaitu dengan menggunakan e-wallet dan beberapa aplikasi lain.

Ramai masih tak sedar e-wallet dan beberapa aplikasi lain banyak memberi kemudahan kepada pengguna.  Dengan membayar menggunakan e-wallet atau menggunakan aplikasi lain, banyak kelebihan yang boleh didapati seperti diskaun, pulangan tunai dan mata ganjaran. Berikut adalah antara contoh e-wallet dan aplikasi yang boleh digunakan serta keuntungan yang ada.

#1 Grabpay

Beberapa aplikasi dan kedai telah menyediakan diskaun istimewa kepada pengguna Grabpay. Selesai membuat pembayaran, pengguna Grabpay juga akan mendapatkan mata ganjaran.

Dengan mata ganjaran yang terkumpul, ianya dapat digunakan sebagai diskaun kepada pembelian kita akan datang. Lebih banyak kita shopping dan membayar menggunakan Grabpay, lebih banyak ganjaran kita peroleh mengikut peringkat seperti yang dijelaskan disini https://www.grab.com/my/rewards/. Selain itu, Grabpay juga menyediakan kupon diskaun yang boleh didapati disini https://iprice.my/coupons/grab/ .

#2 Touch n Go

Touch n Go e-wallet juga menawarkan perkara yang hampir serupa tetapi lebih banyak menekankan kepada rebat tunai dan diskaun.

Antara diskaun dan rebat tunai Touch n Go yang ada pada bulan ogos boleh didapati disini https://malaysiafreebies.com/promotion/touch-n-go/. Touch n Go juga menyediakan mata ganjaran yang dikenali sebagai the goal hunter untuk penggunanya mendapatkan lebih banyak diskaun selepas menggunakan Touch n Go e-wallet. (rujuk gambar dibawah).

Sumber: www.says.com

#3 Boost

Boost juga tidak ketinggalan memberikan banyak diskaun dan ganjaran kepada penggunanya. Antara diskaun yang ada di boost boleh di didapati disini https://www.myboost.com.my. Jika anda membuat pembayaran menggunakan boost, anda akan mendapat points dan boleh menggunakannya untuk menebus boost reward. Antara perkara yang disenaraikan di dalam boost reward adalah seperti berikut:

Graphical user interface, application, website

Description automatically generated
Sumber: https://ringgitplus.com

#4 Shopee

Siapa je tak kenal shopee? Selain tempat membeli barang, shopee sangat terkenal dengan ganjaran coins, cashback dan voucher kepada penggunanya. Dengan setiap pembelian, pembeli akan mendapat ganjaran coins dan coins cashback. Coins tersebut kemudiannya boleh digunakan sebagai duit untuk pembelian seterusnya (1 coins =1 sen).

Pembeli juga layak mendapat voucher sekiranya menggunakan shopee pay e-wallet.  Shopee menyediakan dua jenis voucher iaitu voucher free shipping, disini https://shopee.com.my/m/free-shipping-deals dan voucher barangan, disini www.shopee.com . Pengguna Maybank Shopee Credit Card dan kad kredit Citibank pula akan mendapat lebih banyak ganjaran dan voucher seperti yang dinyatakan disini https://mypt3.com/shopee-voucher-code-malaysia.

#5 Shopback

Shopback merupakan antara aplikasi yang menawarkan ganjaran pulangan wang di beberapa kedai online terpilih. Lebih 300 kedai telah disenaraikan di dalam shopback seperti Shopee, Zalora, Lazada, Qoo10, Tabao, Agoda, Booking.com, Expedia, Trivago, AirAsiaGo dan banyak lagi. Setiap peratus cashback yang ditawarkan akan berubah mengikut tawaran dan promosi. Berikut adalah langkah untuk menggunakan shopback:

  1. Download aplikasi Shopback dari Playstore ataupun appstore
  2. Sign in dengan akaun Shopback (dapatkan referall code atau link dari kawan anda untuk mendapat RM5 bonus tambahan bagi pengguna baru)
  3. Pilih jenama yang hendak dibeli dengan Shopback
  4. Click jenama dan aplikasi yang hendak dibeli
  5. Membeli seperti biasa.

#ZCity

Zcity pula ialah sebuah aplikasi baru yang menjual voucher pelbagai aplikasi lain seperti shopee, touch n go dan sebagainya. Dengan pembelian voucher, Ianya menawarkan mata ganjaran kepada setiap pengguna di mana Rm1 bersamaan dengan 1 mata ganjaran . Mata ganjaran tersebut boleh digunakan untuk mendapatkan lebih banyak diskaun (200 mata ganjaran = diskaun RM2). Berikut adalah langkah untuk mendaftar dan mendapatkan reward daripada Zcity.

Sumber: https://www.promocodes.my

Kesimpulannya, banyak lagi e-wallet dan aplikasi yang memberikan kelebihan kepada pengguna selain diatas. Melihat kesempatan ini, pengguna digalakkan untuk menukar cara pembayaran menggunakan cash atau kad debit kepada e-wallet untuk mendapatkan lebih keuntungan dan menggunakan aplikasi yang ada bagi mendapatkan diskaun dan voucher.

Rujukan:

amanz.my, ringgitplus, shopback, touchngoewallet

Nur Izati Zaidi

Nur Izati, a highly passionate history graduated student from National University of Malaysia.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Back to top button