HARTANAH

Ingin Memiliki Rumah Idaman Sendiri? Banyak Lagi Anda Perlu Tahu Selain Tahap Kewangan

Kalau ada yang berminat untuk membeli rumah baru, seringkali kita memikirkan tentang beban kewangan yang akan dihadapi. Tetepi, dengan persediaan ilmu yang mencukupi, isu kewangan ini mampu diurus dan membolehkan impian untuk memiliki kediaman itu tercapai dengan mudah.

Gaji kecil tak semestinya akan menjadi penghalang anda daripada membeli rumah pertama. Selagi anda bertanggungjawab dalam menjaga perbelanjaan, hartanah akan jadi aset yang sangat berguna, dan pastinya akan meningkat nilainya.

1. Tentukan Kemampuan Kewangan

Dalam mengorak langkah untuk memiliki rumah sendiri, kita perlulah munasabah kepada diri akan apa yang mampu anda miliki berdasarkan rezeki bulanan yang anda dapat.

Ini kerana gaji pada setiap bulan bukan untuk rumah sahaja, tapi nak bayar bila kereta rosak, nak beli lampin dan susu anak, pendek kata semua komitmen kewangan anda terkandung pada gaji bulanan itu.

Dalam merancang perkara ini, anda boleh gunakan pelbagai kalkulator di Internet untuk membuat perancangan untuk kita lihat kemampuan kewangan masing-masing agar ianya tidak akan membebankan pada masa akan dating.

2. Pilih Hartanah Yang Anda Mahu

Bila anda dah tahu apa yang anda mahu, anda boleh memulakannya dengan survey serta mencari ejen hartanah yang mempunyai rekod baik agar kita tidak membeli rumah dengan terburu-buru dan segala kemahuan itu boleh dipenuhi.

3. Mencari Peguam Hartanah

Pihak pemaju mungkin akan menawarkan khidmat peguam mereka secara percuma dalam urusan hartanah ini selalunya. Tapi peguam tersebut adalah mewakili pemaju, jadi apa-apa pun, mereka akan utamakan pemaju dulu berbanding kita.

Jadi, walaupun tak wajib nak lantik peguam dalam urusan ini, tapi ia sangat membantu bila melibatkan urus niaga terutamanya yang melibatkan urusan beratus-ratus ribu Ringgit.

Antara perkara yang peguam boleh buat untuk anda seperti membantu untuk faham proses-proses yang terlibatn meneyediakan nasihat dipihak yang neutral serta membantu untuk menyemak dokumen yang terlibat dan mengesan kalau ada apa-apa klausa yang meragukan.

4. Semak Samaada Anda Mempunyai Sejarah Kredit Yang Baik atau Tidak

Kita digalakkan untuk menyemak Nisbah Khidmat Hutang atau Debt Service Ratio (DSR) kerana bank akan gunakannya untuk mengira samada seseorang tu layak atau tidak untuk mendapat pinjaman yang dimohon dari bank.

Selain itu, anda juga perlu semak report kredit CCRIS (Central Credit Reference Information System, atau Pusat Sistem Maklumat Rujukan Kredit) kerana mengandungi pelbagai maklumat kewangan peribadi yang akan digunakan oleh bank untuk buat keputusan atas setiap permohonan pinjaman perumahan.

5. Mengetahui Apa Kos-Kos Lain Yang Terlibat

Terdapat banyak kos lain yang anda perlu fikirkan, nak lagi dalam peringkat awal proses membeli rumah. Penyediaan awal bagi kos-kos ini akan memudahkan urusan dan membantu untuk mendapatkan hartanah yang bersesuaian.

Antaranya ialah seperti:

  •  Yuran tempahan – Yuran tempahan ni biasanya sebanyak 2%-3% jumlah pinjaman.
  • Bayaran pendahuluan – Bila anda tanda tangan surat perjanjian jual beli (SPA), anda perlu bayar 10% daripada jumlah pinjaman.
  • Memorandum Pemindahan – Bayaran duti setem untuk memindahkan hak milik kepada nama anda.
  • Yuran guaman buat Surat Perjanjian Jual Beli (SPA)

6. Mengetahui Apa Rumah Mampu Milik Yang Anda Boleh Mohon

Ada banyak skim rumah mampu milik yang ditawarkan di Malaysia, dari peringkat persekutuan, hingga ke peringkat negeri.

Anntaranya adalah seperti Skim Rumah PR1MA, Rumah SelangorKu dan lain-lain skim yang ditawarkan di setiap negeri-negeri di Malaysia. Permohonan melalui skim-skim ini membolehkan kita memilih lokasi yang diinginkan disamping membolehkan kita memilih dan menyemak skim-skim perumahan mengikut kemampuan kita.

Badrul

Badrul Amin, a history graduate from the National University of Malaysia and likes to study current issues.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Back to top button