INFO KEWANGAN

Ini Cara Untuk Mengurus Kewangan Anda Dengan Baik Dan Mengelakkan Kerugian

Di zaman pencemik covid-19 ini, kita sangatlah perlu untuk mengurus kewangan kita dengan baik

Fakta dan statistik menunjukkan hari ke hari bilangan mereka yang muflis dan blacklist dengan pihak bank sentiasa meningkat.

Jadi, pengurusan kewanganyang baik, dapat mengelakkan kita dari terjebak dengan masalah-masalah ini.

Terdapat beberapa perkara asas dalam pengurusan kewangan yang perlu anda tahu untuk memudahkan pengurusan wang yang baik.

  1. ASET

Seringkali kita bertanya kenapa kita perlu memiliki aset seawal usia?

Memang kita semua tahu aset pada masa kini memerlukan kos yang tinggi tetapi kita juga perlu tahu untuk memiliki aset pada masa hadapan adalah lebih tinggi kosnya berbanding hari ini. Contohnya seperti kenaikan harga rumah atau tanah. Semakin hari semakin mahal harganya.

Jadi, suka atau tidak, kita perlu ambil tindakan untuk memiliki sekurang-kurangnya satu aset yang boleh membantu mengurangkan beban kita dimasa hadapan.

Aset juga boleh dijadikan satu alat bantuan kewangan untuk generasi masa hadapan sama ada untuk anak atau cucu kita. Ini kerana mereka ini yang akan mewarisi aset kita dan pada masa yang sama kita juga sebenarnya telah membantu meringankan beban mereka di masa hadapan.

Jadi, langkah terbaik adalah memiliki aset seperti rumah seawal mungkin tetapi ia perlulah mengikut kemampuan kita.

  1. HARGA RUMAH YANG SEMAKIN MAHAL

Perkara ini adalah satu kenyataan yang perlu kita terima. Apa yang perlu kita buat sekarang adalah untuk mencari penyelesaian bagaimana untuk memiliki rumah tersebut.

Tetapi bagaimana?

a. Hadiri seminar berkenaan dengan pelaburan hartanah dan anda akan jumpa pelbagai teknik dan tip untuk memiliki hartanah dengan kos yang rendah.

b. Beli buku panduan pelaburan hartanah. Anda akan mendapat idea bagaimana untuk bermula sebelum memiliki hartanah.

c. Berkawan dengan rakan yang sama objektif. Lebih kerap anda berjumpa atau berbincang dengan rakan anda yang mempunyai objektif yang sama, iaitu memiliki rumah, lebih semangat anda untuk mendapatkan rumah idaman anda.

Dengan melalukan perkara bergini, ia akan sedikit sebanyak memberi persediaan kepada anda untuk mencari dan memiliki rumah sendiri.

  1. HUTANG

Sejak dari usia muda lagi kita sudah di dedahkan dengan hutang seperti hutang pendidikan. Anda sangat bertuah kerana anda sudah dapat belajar bagaimana untuk mengurus hutang anda sejak dari awal lagi. Menurut Robert Kiyosaki, hutang terbahagi kepada dua iaitu hutang baik dan hutang jahat. Jadi kita perlu mengenalpasti jenis hutang yang kita miliki.

Apa itu hutang baik?

Hutang baik adalah hutang yang memberi manfaat dari segi kewangan kepada kita seperti pendapatan pasif dan keuntungan.

Apakah ciri-ciri hutang baik?

a. Bayaran bulanan hutang tersebut dibayar oleh orang lain (seperti penyewa).

b. Hutang tersebut tidak mengurangkan gaji kita.

c. Hutang tersebut memberi kita pendapatan pasif setiap bulan.

d. Hutang tersebut memberi kenaikan nilai terhadap aset kita.

4. SIMPANAN

Simpanan adalah habit yang perlu di didik sejak dari kecil. Jika anda sudah di ajar untuk menyimpan sejak dari kecil, anda mungkin tiada masalah untuk menyimpan ketika sudah bekerja. Perkara utama yang kita perlu tahu dalam kaedah simpanan ini adalah berkenaan dengan objektif atau matlamat.

Setiap simpanan perlulah disertakan dengan objektif. Sebagai contoh, simpanan untuk hari tua, simpanan untuk kecemasan, simpanan untuk melancong dan lain-lain.

Dalam asas pelaburan, anda digalakkan untuk menyimpan 10% dari gaji anda untuk simpanan hari tua. Namun, ia bergantung kepada matlamat anda juga, jika anda rasa 10% adalah sangat rendah, anda boleh tambah nilai tersebut kepada 20%.

Contoh kes sebenar jika anda bergaji bersih RM3,000

Simpanan hari tua : RM300

Simpanan kecemasan : RM200

Simpanan hobi : RM200

Simpanan deposit beli rumah : RM1,000

Perbelanjaan dan lain-lain : RM1,300

Namun, ia bergantung kepada individu tersebut untuk menilai yang terbaik. Apa yang penting adalah setiap simpanan anda mestilah disertakan dengan objektif atau matlamat supaya anda tahu ke mana perginya duit anda.

5. PERLINDUNGAN

Mungkin ada diantara kita yang masih belum memerlukan perlindungan atau lebih mudah faham, takaful@insuran. Insuran adalah perlindungan konvensional. Takaful pula adalah perlindungan Islamik.

Perlu diingat bahawa tujuan takaful ini adalah sebagai perlindungan sahaja iaitu jika berlaku sebarang musibah kepada diri sendiri, perlindungan ini yang akan membantu kita atau waris kita. Jadi di era pendemik ini, perlindungan sangatlah membantu terutamanya jika kita kehilangan orang tersayang.

Bilakah masa yang sesuai untuk mengambil pelan perlindungan?

Adakah sebelum musibah melanda kita.

Ini adalah perkara yang sering ramai terlepas pandang kerana kita semua tidak tahu bila musibah akan terjadi kepada diri kita. Sebagai langkah berjaga-jaga, pelan perlindungan ini adalah cara paling selamat.

Ramai yang memberi alasan bahawa bayar RM200 setiap bulan sangat merugikan jika kita tidak dapat sebarang pampasan atau musibah tidak terjadi. Perlindungan yang dimaksudkan disini adalah perlindungan untuk musibah yang tidak dijangka. Jika tiada sebarang musibah berlaku, kita mungkin akan rugi dari segi harga iaitu RM200.

Tetapi kita akan untung dari segi ‘peace of mind’ atau ketenangan minda. Kita tidak perlu risau tentang bayaran perubatan jika berlaku sebarang musibah. Kos perubatan yang semakin mahal antara sebab utama kenapa anda perlukan pelan perlindungan. Jadi, perkara ini perlu dibri perhatian yang lebih dalam pengurusan wang yang baik.

6. PELABURAN

Di Malaysia, terdapat pelbagai jenis pelaburan yang anda boleh pilih sama ada yang patuh syariah atau tidak. Juga, ada yang berisiko rendah dan tinggi. Asas pelaburan adalah jika rendah risiko pelaburan itu, maka rendah jugalah pulangan yang anda terima. Manakala jika tinggi risiko pelaburan tersebut, maka pulangan juga tinggi.

Perkara utama yang perlu anda tahu tentang pelaburan adalah ilmu pelaburan. Pastikan anda mempunyai ilmu sebelum menyertai sebarang bentuk pelaburan bagi mengelakkan kerugian dan juga penipuan.

Pada hari ini, terdapat banyak kes penipuan yang melibatkan pelaburan. Jadi, anda digalakkan untuk menyertai pelaburan yang disahkan oleh pihak berwajib seperti BNM.

Jika anda seorang yang bekerja makan gaji dan inginkan pelaburan yang berisiko rendah dan sederhana, anda boleh buat potongan sebanyak 10% dari gaji anda ke amanah saham @unit trust setiap bulan.

10% mungkin nampak kecil pada hari ini tetapi 10% inilah yang akan membantu kita pada masa hadapan atau ketika usia persaraan kita.

Badrul

Badrul Amin, a history graduate from the National University of Malaysia and likes to study current issues.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Back to top button