INFO KEWANGAN

Makan Restoran Mahal Punca Pasangan Muda Tiada Simpanan.

Siapa je tak suka alam percintaan? Seronok bila kita tahu ada orang lain ambil tahu hal kita dan bahagiakan kita. Tapi yang tak best tu, bercinta ni buat kita habis duit lebih lebih lagi ketika dating.

Tak kira lelaki atau perempuan, semua memberi pendapat yang sama. Yela nak pergi dating lagi, nak beli hadiah lagi. Hadiah pula tak boleh murah, takut kalau post di media sosial kene kutuk. Susah betul nak bercinta zaman sekarang. Jadi macam mana nak berjimat waktu bercinta?

#1 Guna konsep ‘ukur baju di badan sendiri’

Ramai yang tidak sedar, mereka telah berbelanja lebih dari kemampuan mereka untuk pasangan. Perkara ini perlu dielakkan dengan dating mengikut kemampuan sendiri.

 Elakkan pergi ke restoran mahal atau tempat yang mahal. Sebagai contoh, pergi ke restoran mahal boleh ditukar kepada pergi picnic. Manakala tempat yang mahal seperti taman tema boleh ditukar kepada melakukan aktiviti riadah yang tidak menggunakan kos seperti hiking, jogging dan sebagainya.

Pasangan juga tidak perlu membeli hadiah yang mahal kerana hadiah bukanlah pengukur kepada rasa cinta tetapi masa dan perhatian.

#2 Membuat Perancangan

Selain itu, pasangan juga boleh merancang sebelum dating seperti menetapkan tempat makan dan tempat untuk dituju. Dengan melakukan perancangan, kita bukan sahaja dapat menjimatkan kos minyak dan sebagainya tetapi juga dapat menimatkan masa dan tenaga.

Pasangan juga dinasihatkan untuk memeriksa menu dan review restoran yang hendak dituju supaya dapat menghadkan bajet. Tidak semua restauran yang mahal sedap jadi dengan membuat perancangan, kita tidak akan membazir dengan makan makanan yang tidak sedap.

#3 Dating ketika ada promosi

Promosi dan diskaun sangat membantu untuk menjimatkan duit bagi pasangan bercinta. Jika hendak pergi ke tempat mahal atau makan di restauran yang mahal, amatlah digalakkan untuk pergi ketika tempat tersebut mengadakan promosi.

#4 Menjadi Pasangan Yang Memahami

Perkara ini adalah perkara yang penting dalam hubungan percintaan. Selain memahami perasaan, pasangan bercinta juga perlu memahami masalah kewangan pasangan mereka. Pasangan bercinta hendaklah memberi peluang dan ruang untuk pasangan mereka menyimpan duit bagi masa depan bersama. Tanpa pasangan yang memahami, maka segala tips diatas mungkin tidak akan berhasil.

Secara ringkasnya, bercinta, bercinta juga, tetapi hendaklah berpada-pada. Jangan terlalu memberi segalanya sehingga memakan diri sendiri. Kerana ingatlah, selagi belum berkahwin, maka belum tentu pasangan tersebut adalah jodoh kita. Jadilah pasangan bercinta yang bijak dalam hubungan dan dalam kewangan.

Nur Izati Zaidi

Nur Izati, a highly passionate history graduated student from National University of Malaysia.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Back to top button